Separuh Akhir Piala Malaysia: ‘Penyu’ tekad patahkan taring ‘Harimau Selatan’ sekali lagi

KUALA LUMPUR: Stadium Sultan Ibrahim akan menjadi saksi adakah detik hitam Johor Darul Ta’zim (JDT) rebah di tangan Terengganu FC (TFC) pada April lalu bakal berulang pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, malam ini.

Ia mungkin hanya satu andaian awal atau sedikit harapan yang bermain di fikiran penyokong skuad Penyu walaupun sedar bukan mudah sejarah menundukkan Harimau Selatan 1-0 itu diulang kembali.

Namun, dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan segalanya terpulang kepada strategi Benjamin Mora dan Nafuzi Zain serta persembahan pemain kedua-dua pasukan ketika perlawanan.



Apa yang penting buat JDT adalah mereka tidak boleh terlalu yakin dengan kelebihan gol tempat lawan yang diperoleh selepas terikat 1-1 dalam aksi pertama sebelum ini.

Ia kerana jika silap langkah, mereka akan berdepan kekecewaan besar di ‘kandang’ sendiri dan secara automatik hilang status juara bertahan Piala Malaysia.

Walaupun rekod berdepan TFC di gelanggang sendiri musim ini tidak memihak JDT, namun peratusan jangkaan untuk mara ke final tetap memihak Harimau Selatan.

Semua tahu mengenai selera besar JDT untuk meraih kemenangan dalam setiap perlawanan dan Mora dijangka tidak akan merencanakan strategi permainan bertahan sepenuhnya untuk mempertahankan kelebihan jaringan tempat lawan yang dimiliki mereka.



Nafuzi juga pasti tidak akan menoleh kepada rekod pertemuan pada Mac lalu yang sudah menjadi sejarah, sebaliknya lebih fokus untuk merobek gawang JDT kerana sekiranya terikat tanpa jaringan, TFC boleh melupakan tiket final Piala Malaysia musim ini.

Tidak dinafikan peluang untuk TFC ke final tampak sukar, tapi hakikatnya tidak mustahil kerana mengikut perkiraan mudah, mereka hanya dibezakan satu gol sahaja dari JDT.

Piala Malaysia separuh akhir kedua

Hari ini



JDT (1) mln TFC (1)

(Std Sultan Ibrahim, 9 mlm)

Melaka (1) mln KL City (1)

(Std Hang Jebat, 9 mlm)



*Kurungan keputusan aksi separuh akhir pertama

Separuh Akhir Piala Malaysia: ‘Penyu’ tekad patahkan taring ‘Harimau Selatan’ sekali lagi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker