Hishamudin Kalah Pada Ikmal Hisham

Oleh Nurul Aisyah

SENARIO yang berlaku di DUN Sungai Udang dalam Pilihan Raya Negeri Melaka memberi gambaran kekalahan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Pertahanan terhadap Timbalan beliau Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz yang dikatakan bekerja keras bagi menyantuni para anggota tentera di kem-kem seluruh Malaysia. Sekiranya perkara ini berterusan maka undi tentera berada dalam genggaman Perikatan Nasional.

Timbalan Pengerusi Umno Melaka Mohamad Ali Mohamad dilihat sukar untuk menerima hakikat bahawa dirinya tewas dalam 17 daripada 18 saluran mengundi di kalangan anggota tentera di Sungai Udang semasa PRN Melaka minggu lalu.

Menurut sumber, berlaku gerak kerja luar jangka oleh pihak Ikmal Hisham sehingga mencetuskan kemenangan calon Perikatan Nasional, Dr Mohd Aleef Yusof sedangkan beliau bukan anak jati Sungai Udang dan tidak dikenali oleh penduduk tempatan.

Pada pilihan raya Sabtu lalu, Dr Mohd. Aleef yang mendapat 6,789 undi menewaskan Mohdalam amad Ali yang memperoleh 6,259 undi; Hasmorni Tamby (PH), 2,035 undi dan Mohd Zahar Hashim (Bebas), 471 undi.

Sekiranya Hishamudin tidak mengambil sebarang langkah untuk mengatasi perkara ini, maka Barisan Nasional(BN) pasti hilang undi tentera di kem-kem askar seluruh negara. Mengenali sikap dan tata kerja Hishamudin yang dikatakan tidak serius dalam menjalankan tugas, BN sudah pasti tidak boleh bergantung pada undi tentera seperti dahulu lagi.

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis serta tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi MyKmu.net

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker