PRN Sarawak: Abang Johari kekal bertanding 82 kerusi, tak peduli jika Bersatu letak calon

BETONG: Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum menerima sebarang jemputan daripada Bersatu bagi membincangkan pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak.

Pengerusi GPS, Abang Johari Openg berkata, beliau perlu meneliti jemputan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya tidak tahu (mengenai perbincangan itu). Kita tengoklah nanti, jika ada jemputan, apa tujuan perbincangan itu,” katanya selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kabong.

Semalam, Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin berkata, Bersatu akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen Perikatan Nasional dan GPS untuk menentukan strategi serta persiapan menghadapi PRN Sarawak.

PRN Sarawak: Pembahagian kerusi PN diserah pada Muhyiddin

Ditanya jika Bersatu meletakkan calonnya pada PRN Sarawak, Abang Johari berkata, itu hak mereka, namun GPS kekal dengan keputusan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Biarlah mereka (Bersatu) tetapi kita (GPS) tetap dengan keputusan kita,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan penamaan calon bagi PRN Sarawak ditetapkan pada 6 Dis, pengundian awal 14 Dis dan pengundian 18 Dis.

Abang Johari kekal bertanding 82 kerusi, tak peduli jika Bersatu letak calon


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Banyak alasan di Melaka, PN dan PH sila buktikan di PRN Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker