PRN Sarawak: Pembahagian kerusi PN diserah pada Muhyiddin

KUCHING – Perikatan Nasional (PN) Sarawak menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Presiden Bersatu dan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Menteri dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam memutuskan pembahagian kerusi untuk dipertandingkan mereka dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 Sarawak (PRN12).Pengerusi PN Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah berkata, mereka bersedia untuk berhadapan dalam PRN ini setelah melaksanakan khidmat untuk rakyat selama ini.“Konsep politik kami jelas iaitu politik khidmat dan politik matang adalah menjadi pegangan kerana yang perlu diutamakan adalah rakyat Sarawak dan ia melangkaui PRN. Kami lebih melihat peluang untuk memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat Sarawak adalah lebih penting dan utama,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Abang Johari telah memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik.

“Oleh itu saya berharap adalah wajar bagi kita memberi sokongan kepada beliau sekali lagi untuk meneruskan perkhidmatan dan agenda pembangunan untuk semua rakyat Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap prosedur operasi standard PRN ini dapat ditetapkan segera dengan jelas memandangkan Sarawak masih dalam ancaman pandemik Covid-19.

“Diharapkan semua pihak dapat berfikir dan menyumbang bagaimana langkah terbaik dalam melaksanakan PRN Sarawak ini supaya ia berlangsung dengan selamat dan tidak membahayakan nyawa kita semua,” tambahnya.- Bernama

PRN Sarawak: Pembahagian kerusi PN diserah pada Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir masih dengan retorik mahu selamatkan Malaysia, mahu tanding PRU15

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker