PRN Melaka: DAP umum barisan calon, pancing ‘Muka Melayu’ baru

DAP hari ini mengumumkan barisan calon bagi PRN Melaka.

Antara calon adalah dua muka baru iaitu Muhamad Danish Zainudin dan Leng Chau Yen.

Danish berdepan tugas sukar di DUN Pengkalan Batu, yang disandang Norhizam Hassan Baktee – bekas anggota parti itu.



DAP juga meletakkan pengerusi negerinya Tey Kok Kiew di kerusi DUN yang agak berisiko iaitu Bemban.

Dalam PRU lalu, DAP menang di kawasan itu setelah meraih hanya 45.4 peratus undi dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon MCA dan PAS.

kerusi yang dipegang Tey sebelum ini, iaitu Bandar Hilir – dianggap sebagai kerusi DAP paling selamat di Melaka- dimenangi dengan 84.5 peratus undi.

Leng yang juga muka baru dan satu-satunya calon wanita akan bertanding di DUN Bandar Hilir.



Barisan calon diumumkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam sidang media di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur dan disiarkan secara dalam talian.

Muhamad Danish Zainudin dan Leng Chau Yen

 

Leng, 37, pernah menjadi setiausaha politik Tey, selain telah memegang pelbagai jawatan dalam DAP Kota Melaka dan juga DAP Melaka sejak 2014.

Berikut adalah senarai penuh calon DAP untuk PRN Melaka:



  • N07 Gadek – G Saminathan
  • N15 Pengkalan Batu – Muhamad Danish Zainudin (muka baru)
  • N 16 Ayer Keroh – Kerk Chee Yee
  • N19 Kesidang – Allex Seah Shoo Chin
  • N20 Kota Laksamana – Low Chee Leong
  • N21 Duyong – Damian Yeo Shen Li
  • N22 Bandar Hilir – Leng Chau Yen (muka baru)
  • N24 Bemban – Tey Kok Kiew

YB Melayu DAP mula masuk jarum

Satu-satunya penyandang yang tidak tercalon adalah Dr Wong Fort Pin (penyandang DUN Bemban).

Terdahulu hari ini, Wong dalam satu sidang media di Melaka mengambil maklum berkenaan khabar angin dia digugurkan.



“Walaupun saya tidak jadi calon, saya akan terus bekerja untuk memastikan PH menjadi kerajaan.

“Saya akan buat segala yang termampu dan juga sanggup memberi laluan kepada calon yang lebih muda,” katanya.

Pengamal perubatan itu berkata, dia telah “diuji” sebelum ini apabila sepatutnya dicalonkan pada PRU 2013. Namun, dia digugurkan di saat akhir.

Lim mengucapkan penghargaan kepada Wong atas kesetiaannya kepada parti.



Danish, 25, dalam kenyataan berkata, golongan muda di Melaka akan memainkan peranan penting dalam menentukan pentadbiran negeri, sama ada oleh “kerajaan gagal” atau kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat.

Katanya lagi, sepanjang 400 hari pertama menjadi penyelaras DAP Pengkalan Batu, dia bertemu ramai penduduk yang menyuarakan kebimbangan berhubung masa depan anak mereka yang hilang kerja ketika wabak Covid-19.

Membangkitkan isu pembelajaran dalam talian, Danish yang juga setiausaha DAP Melaka berkata dia bertemu ramai keluarga yang tidak mampu untuk membeli peralatan yang diperlukan, dan ia berisiko mewujudkan komuniti yang tercicir di masa depan.

DAP adalah parti pertama dalam PH yang mengumumkan calonnya. Hari penamaan calon bagi PRN Melaka adalah pada 8 November, manakala hari mengundi pada 20 November.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


ADUN Melayu DAP sarankan MB Perak tumbuk mukanya sendiri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker