YB Melayu DAP mula masuk jarum

KENYATAAN MEDIA YB SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB ALI, KETUA DAPSY NEGERI JOHOR MERANGKAP SETIAUSAHA PUBLISITI DAP NEGERI JOHOR, 9 OGOS 2020 PARTI BARU: PPBM JOHOR BOLEH MAIN PERANAN, KEMBALIKAN MANDAT RAKYAT

1. Sewaktu PRU14 lalu, Johor menjadi perhatian ramai. Sekiranya UMNO dan BN tumbang di Johor, Pakatan Harapan akan memenangi Kerajaan Persekutuan. Dan itulah yang berlaku dalam PRU14.

2. Setelah kerajaan PH tumbang Februari lalu, Johor diterajui UMNO. Walaupun Perikatan Nasional di peringkat persekutuan diterajui Presiden PPBM, realiti yang berlaku di Johor adalah sebaliknya. Maskipun beberapa ADUN PPBM diangkat menjadi exco dalam Kerajaan Negeri, hakikat diperingkat akar umbi adalah indah khabar dari rupa. PPBM ibarat anak tiri sahaja. Mereka dianggap sebagai pesaing UMNO-PAS.

3. Di Johor, kerjasama akar umbi UMNO-PAS yang membentuk Muafakat Nasional dengan PPBM seolah-olah tidak wujud. Jika disemak, tidak ada gerak kerja parti yang melibatkan PPBM di peringkat bahagian apatah lagi cawangan.



4. Ambil contoh di bahagian Ayer Hitam semasa program AidilAdha. YAB Dato’ Hasni turun ke DUN Semarang dan melaksanakan program Aidiladha bersama akar umbi UMNO dan PAS sahaja. PPBM tidak dijemput. Pada masa yang sama, PPBM pula menjalankan aktiviti secara berasingan.

5. Perikatan Nasional hanya wujud di Johor ketika majlis rasmi kerajaan. Pada ketika ini sahajalah, pemimpin UMNO dan PPBM dilihat duduk semeja dan bersama-sama dalam acara.

6. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa PPBM tidak dilayan ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dalam kerajaan PN Johor meskipun presidennya menjawat jawatan nombor satu di peringkat persekutuan.

7. PPBM gagal memainkan peranannya secara maksimum kecuali sekadar menjadi tongkat demi mengukuhkan kerajaan pimpinan UMNO di Johor.



8. Pengumuman oleh Tun M dua hari lalu untuk membentuk parti baharu boleh memberikan opsyen kepada PPBM Johor. Opsyen samada terus menjadi bidak mengukuhkan kerajaan yang diterajui UMNO atau berperanan mengembalikan kerajaan pilihan rakyat.

9. Sekiranya PPBM Johor membuat keputusan menyokong atau menyertai parti baharu Tun M dan berkerjasama semula dengan Pakatan Harapan di negeri ini, mandat rakyat sepertimana yang diamanahkan dalam PRU14 lalu dapat dikembalikan semula dan mereka boleh kembali memainkan peranan lebih signifikan dalam kerajaan negeri.

10. Pun begitu, hal ini tergantung pada kebijaksanaan dan iltizam rakan-rakan PPBM Johor untuk memilih. Samada terus menikus dibawah kuasa UMNO Johor atau mengambil langkah berani bermaruah untuk menjunjung mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker