MCA sokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar

MCA sokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar

MCA menyokong pembentukan kerajaan perpaduan yang dipimpin Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seiring dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, kata setiausaha agungnya Chong Sin Woon.

Chong dalam pada itu turut menyeru semua pihak untuk bersama-sama memainkan peranan bagi menjamin kestabilan menerusi perdamaian politik dan bergerak ke hadapan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi demi kepentingan rakyat serta negara ini.

“Dalam masa sama, MCA akan terus memainkan peranan bagi memastikan kerajaan perpaduan ini memelihara kepelbagaian, kesederhanaan dan membela nasib rakyat majmuk di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Chong berkata, fokus MCA ketika ini adalah melihat secara mendalam keputusan pilihan raya umum ke-15 dan merangka strategi untuk membina semula parti dengan memberi tumpuan kepada dua kerusi Parlimen dan tujuh DUN yang dimenangi serta memperbaiki kelemahan yang ada untuk memenangi semula sokongan pengundi.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Khamis lalu dan memimpin kerajaan perpaduan yang dianggotai Pakatan Harapan yang mempunyai 82 kerusi dan diikuti Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (23), dan Gabungan Rakyat Sabah (enam) serta parti-parti lain dengan keseluruhan kekuatan kini hampir mencecah dua pertiga ahli Parlimen. FMT

MCA sokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker