Kempen Beli Barangan Malaysia diperhebatkan tahun depan – Ismail

Kempen Beli Barangan Malaysia diperhebatkan tahun depan – Ismail

Kerajaan akan terus memperhebatkan kempen berimpak tinggi termasuk Kempen Beli Barangan (KBBM) dan Program Jualan Malaysia (PJM) pada tahun hadapan bagi menyokong pemulihan dan pemerkasaan semua sektor perdagangan dalam negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KBBM telah mencatatkan impak positif kepada ekonomi domestik, dengan nilai jualan barangan buatan Malaysia bagi tahun 2020 berjaya mencecah RM3.3 bilion berbanding RM2.87 bilion pada tahun 2019.



“PJM pula turut mencatatkan prestasi seperti yang disasarkan. Sasaran nilai jualan sebanyak RM100 bilion pada suku keempat tahun 2020 telah berjaya dicapai dengan mencatatkan nilai jualan sebanyak RM135.9 billion,”katanya semasa berucap dalam Majlis Anugerah Perdagangan Dalam Negeri (APDN) 2020 di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan dalam masa yang sama telah memulakan proses pemulihan ekonomi melalui strategi pelaksanaan Bajet 2022 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa
menggerakkan jentera pemulihan ekonomi domestik menerusi inisiatif berimpak tinggi bagi merancakkan lagi perkembangan sektor perdagangan.



“Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM33 juta di bawah Bajet 2022 khusus untuk merancakkan semula sektor perdagangan pengedaran,” jelasnya. K Online

Kempen Beli Barangan Malaysia diperhebatkan tahun depan – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)



Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker