Budak maut didera kerana muntah atas sofa

Budak maut didera kerana muntah atas sofa

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai didera teman lelaki ibunya yang menekan perut, menendang mangsa hingga pecah tengkorak dan organ dalamannya, semalam.

Mangsa sebelum itu dihantar ke rumah suspek di Cheng, Melaka, oleh ibunya berusia 24 tahun pada 5.30 pagi untuk berubat kerana dikatakan kerap muntah.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata suspek berusia 25 tahun bagaimanapun menghubungi ibu mangsa 40 minit kemudian yang memaklumkan kanak-kanak terbabit terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum membawanya ke Hospital Melaka.

“Sebaik tiba di hospital pada 6.50 pagi, kanak-kanak yang dalam keadaan tidak sedarkan diri itu dirawat di zon merah dan diberikan bantuan pernafasan lebih sejam.

“Namun doktor mendapati mangsa tidak memberikan sebarang reaksi sebelum disahkan meninggal dunia pada 9.15 pagi,” katanya dalam kenyataan, menurut Berita Harian.

Christopher berkata, siasatan awal lelaki berkenaan mengaku menendang mangsa secara agresif kerana muntah di atas sofa kesayangannya.

“Lelaki itu juga mengaku menekan perut kanak-kanak itu secara agresif berkali-kali selain menendang sehingga kepala mangsa terhantuk ke lantai.

“Akibat perbuatan kejamnya itu tengkorak kanak-kanak itu pecah selain organ dalam perutnya turut pecah,” katanya.

Katanya, pasangan itu ditahan dan direman tujuh hari bermula hari ini hingga 13 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. FMT

Budak maut didera kerana muntah atas sofa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain

Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)

Cebisan mayat berselerak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker