Dua hari pakaian seragam, dua hari baju sukan – KPM

Dua hari pakaian seragam, dua hari baju sukan – KPM

Dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian ko-kurikulum.

Itu adalah garis panduan dan peraturan pemakaian murid baharu bagi sesi persekolahan 2024/2025 yang diputuskan oleh Kementerian Pendidikan (KPM), hari ini.

Perkara itu dimaklunkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPM, sebentar tadi.

Fadhlina memaklumkan, surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai arahan pemakaian itu akan dikeluarkan kemudian.

Sebelum ini, ibu bapa di seluruh negara tertanya-tanya mengenai peraturan pakaian seragam murid sedangkan sesi persekolahan baharu bakal bermula pada awal Mac depan.

Ketetapan dan garis panduan itu penting memandangkan ibu bapa perlu membuat persediaan dan keperluan kewangan di kala Ramadan juga bakal kunjung tiba pada bulan yang sama.

KPM sebelum ini sudah memberi kelonggaran pemakaian kepada murid pada Oktober 2021 sebaik sahaja sesi persekolahan dibuka selepas hampir dua tahun ditutup akibat wabak Covid-19.

Malah, sepanjang tahun lalu, kelonggaran sama diteruskan dan rata-rata murid serta ibu bapa mahu kelonggaran itu diteruskan bagi sesi persekolahan baharu nanti. K Online

Dua hari pakaian seragam, dua hari baju sukan –
KPM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton

Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker