MCA gesa SPRM siasat Zeti, suami berkaitan skandal 1MDB

MCA gesa SPRM siasat Zeti, suami berkaitan skandal 1MDB

MCA menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz dan suaminya berhubung kaitan mereka dengan skandal 1MDB.

Ini susulan pendedahan SPRM pada Jumaat lalu bahawa sejumlah AS$15.4 juta dana berkaitan 1MDB yang melibatkan syarikat milik suami Zeti, Tawfiq Ayman telah dipulangkan oleh Singapura kepada kerajaan Malaysia.

“Skandal 1MDB telah menghantui rakyat Malaysia dan meninggalkan kesan besar kepada landskap politik negara.

“Akibat pelbagai spekulasi mengenai kes itu, 1MDB banyak dipersalahkan sebagai punca kejatuhan kerajaan persekutuan ketika itu yang memerintah telah selama 61 tahun.

“Justeru, adalah wajar SPRM menjalankan siasatan menyeluruh supaya rakyat dapat mengetahui cerita sebenar dan tuduhan membuta tuli terhadap individu yang tidak bersalah akan dihentikan,” kata ahli jawatankuasa pusat MCA Quek Tai Seong dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, selaku bekas gabenor BNM, Zeti harus bertanggungjawab ke atas kes 1MDB kerana dia sepatutnya tahu apa yang berlaku.

“Sudah tiba masanya pasangan itu bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenai apa yang sebenarnya berlaku supaya siasatan lanjut dapat diteruskan.

“Walaupun sudah beberapa hari sejak media mula-mula melaporkan berita mengenai dakwaan penglibatan pasangan itu, mereka terus berdiam diri sehingga menyebabkan orang ramai membuat andaian sendiri,” katanya.

Quek, yang juga setiausaha jawatankuasa perhubungan MCA negeri Pahang, menegaskan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan proses undang-undang mesti dipatuhi untuk menentukan apa yang sebenarnya berlaku dalam kes 1MDB.

Dia berkata isu paling penting ialah mendedahkan dalang sebenar dan menuntut mereka bertanggungjawab ke atas sebarang kesalahan yang dilakukan sambil menambah setiap individu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan mengikut undang-undang.

“Kami berharap Zeti dan suaminya akan memberikan penjelasan secepat mungkin supaya siasatan lanjut dapat dijalankan,” kata Quek. Mk

MCA gesa SPRM siasat Zeti, suami berkaitan skandal 1MDB


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker