Nik Abduh umum berehat daripada politik


Nik Abduh umum berehat daripada politik

KOTA BHARU: Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan ‘berpuasa’ dan berehat daripada arena politik tanah air.

Nik Abduh menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook bagaimanapun tidak mendedahkan tempoh rehat beliau itu.

Menurutnya, ia adalah tempoh paling sukar buat diri beliau dan bondanya.



“Semoga Pas bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara,” tulisnya.

Difahamkan, Nik Abduh mengambil keputusan itu selepas berlaku konflik selepas namanya tidak tercalon untuk bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada pilihan raya negeri (PRN).

Sebelum ini, terdapat ura-ura bekas Ahli Parlimen Bachok itu akan bertanding di kerusi DUN Chempaka yang merupakan kawasan Allahyarham bapanya.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu, apabila Mursyidul Am Pa,s Datuk Seri Hashim Jasin mengesahkan bahawa nama Nik Abduh melepasi tapisan Majlis Syura, sekali gus layak menjadi calon parti itu pada PRN, 12 Ogos ini.



Bagaimanapun, nama Nik Abduh terus tercicir daripada arena politik negara selepas namanya tidak tersenarai pada PRN.

Pada pengisytiharan calon PRN DUN di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini, Pas turut membuat kejutan selepas mengugurkan penyandang kerusi berkenaan Ahmad Fathan Mahmood dan menggantikan dengan muka baharu iaitu Nik Asma Baharum Nik Abdullah yang merupakan seorang peguam.

Utusan Malaysia kemudian melaporkan, Nik Abduh mendedahkan permintaannya untuk bertanding di salah satu daripada tiga kerusi DUN di Parlimen Pengkalan Chepa pada PRN elah ditolak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nik Abduh berkata, peringkat awal Pas bersetuju mempertimbang hasrat itu namun apabila nama tidak diputuskan dia berlapang dada.



Keadaan menjadi lebih panas apabila Nik Din Nik Mat mendakwa Naib Presiden Pas Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah merupakan individu yang menyebabkan nama Nik Abduh tercicir sebagai calon wakil rakyat.

Nik Din yang merupakan adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Nik Mat berkata, sebelum itu dia bertemu dengan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 23 Jun lalu di Rusila, Terengganu dan beliau memberi jaminan Nik Abduh akan diangkat sebagai calon.

Menurutnya, dia hairan selepas mendapati anak saudaranya itu tidak dicalonkan di kerusi DUN Chempaka. Utusan

Nik Abduh umum berehat daripada politik



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai



Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah



Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker