“Saya Mahu Kelihatan Plastik”- Demi Dapat Wajah Seperti Patung Ken, Kekasih Barbie

London: Sanggup berhabis AS$14,000 (RM57,995) untuk tampil seperti Ken, karakter teman lelaki kepada patung mainan terkemuka, Barbie.

Itu obses seorang pemuda, Jimmy Featherstone, yang menjalani pembedahan plastik pada bibir, memasukkan implan pipi serta melakukan rawatan venir gigi.

USIA lelaki ini baru sahaja mencecah 22 tahun namun sepanjang tempoh setahun yang lalu Jimmy Featherstone telah melakukan pelbagai pembedahan plastik.



Objektifnya hanya satu – ingin mengubah wajahnya menjadi patung gura popular Ken yang juga kekasih kepada Barbie

Pengarah sebuah butik di Hull, timur laut United Kingdom itu berkata, perjalanan hidup untuk mengubah penampilannya kepada Ken, bermula sejak setahun lalu.

“Saya baru saja membuat pelbagai prosedur dalam tempoh 12 bulan lalu dan ini baru saja permulaan.



“Saya mahu jadi seperti Ken kerana dia (Ken) luar biasa,” katanya kepada SWNS yang dipetik New York Post.

Katanya, dia berhenti sekolah pada usianya 16 tahun dan membuat pelbagai pekerjaan untuk menyimpan wang bagi membiayai prosedur kosmetik dan pelbagai prosedur rawatan.

Jimmy yang berasal dari United Kingdom meninggalkan alam persekolahan ketika usianya 16 tahun dan sejak itu melakukan pelbagai pekerjaan untuk mengumpul wang bagi membolehkannya melakukan pembedahan plastik.


“Saya selalu menjadi perhatian dan menonjol daripada orang lain. Sekarang saya mahu lebih dikenali dan kelihatan plastikkerana itulah estetika yang saya suka,” jelasnya.



Sementara itu, Jimmy mendedahkan dia membelanjakan AS$400 (RM1,600) setiap minggu untuk memastikan kecantikannya sentiasa terjaga.

Malah dia kini sedang menghitung hari untuk melakukan pembedahan hidung.

Tidak hanya kecantikan wajah, Jimmy juga sangat menggemari kehidupan mewah termasuk berbelanja barangan mewah seperti Chanel dan Moncler selain gemar makan di restoran mewah.

Baru-baru ini, Jimmy membelanjakan AS$30,000 (RM120,000) untuk mengadakan sambutan hari jadinya.



“Majlis itu sangat elegan dan benar-benar luar biasa dan ramai membandingkan ia seperti majlis perkahwinan,” katanya.

Baru 16 tahun tapi sudah ‘tagih’ pembedahan plastik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker