Pemandu rempuh kedai tak mabuk tapi pitam, mangsa maut

Pemandu rempuh kedai tak mabuk tapi pitam, mangsa maut

PEMANDU kereta yang merempuh sebuah kedai perabot di Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) dekat Kampung Pasir semalam tidak mabuk, sebaliknya dipercayai pitam dan tidak sedarkan diri semasa melalui laluan tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa yang dilanggar pemandu kereta Proton Preve itu bagaimanapun meninggal dunia.



Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, kereta dipandu lelaki berkenaan dalam perjalanan dari Kajang ke Raub, Pahang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu tersebut hilang kawalan dipercayai pitam dan tidak sedarkan diri lalu terbabas dan merempuh masuk ke sebuah kedai perabot.

“Pemandu tidak mengalami kecederaan namun mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Farouk berkata, sampel darah pemandu telah diambil untuk dianalisa manakala keputusan air kencing dan ujian pernafasan (mabuk) adalah negatif.



Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda maksimum RM20,000,” katanya.

Beliau menambah, saksi bebas yang menyaksikan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat trafik IPD Ampang Jaya, Inspektor Navine Gunasegaran. Utv

Pemandu rempuh kedai tak mabuk tapi pitam, mangsa maut




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker