Disangka Pil Tahan Sakit, Wanita Ini Tertelan AirPod

Disangka Pil Tahan Sakit, Wanita Ini Tertelan AirPod

Sejak wujudnya fon telinga tanpa wayar, sebahagian masalah kita telah selesai. Tiada masalah wayar berselirat, senang dibawa ke mana-mana dan tidak perlu dongle sebab telefon tiada bicu audio 3.5mm.

Namun yang menjadi masalah apabila kita leka, terlalai dan terlupa. Baru-baru ini seorang pengguna di Tik-Tok, @iamcarliiib, berkongsikan kisah sedih dimana beliau tertelan Apple AirPod yang disangkakan ubat tahan sakit, Ibuprofen.

Menurut wanita tersebut, beliau memegang Ibuprofen di tangan kanan sementara AirPod berada di tangan kiri beliau. Mungkin kerana keadaannya yang kurang sihat, kesilapan itu berlaku.

Pada perkongsian video yang lain pula, wanita ini juga mendakwa AirPod tersebut masih bersambungan dengan telefonnya walaupun ia berada di dalam perut. Difahamkan bahawa fon telinga terbabit sudahpun berjaya dikeluarkan dengan cara ‘normal’.

Insiden tertelan AirPod ini bukanlah kali pertama berlaku dimana sebelum ini ia pernah terjadi membabitkan seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak berumur 7 tahun di Amerika Syarikat. Wiser

Disangka Pil Tahan Sakit, Wanita Ini Tertelan AirPod


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker