Cara Pengubat Hati Sebagaimana Diajarkan Rasulullah s.a.w.
Cara Pengubat Hati Sebagaimana Diajarkan Rasulullah s.a.w.
Pertama: Setiap musibah yang berlaku dijanjikan sebagai penghapus dosa bahkan menjadi pahala dan Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Bagaimana untuk menukarkan musibah menjadi seperti yang diharapkan?
Persoalan itu Allah telah jawab di dalam surah Al-Baqarah ayat 156-157,
“Orang yang apabila tertimpa sesuatu musibah mereka akan berkata; “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” (Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali). Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dan rahmat daripada Tuhan mereka. Mereka itulah juga orang yang mendapat petunjuk dan hidayah.
Kedua: Rasulullah s.a.w. juga telah mengajarkan kepada kita apa yang harus diucapkan ketika mendapat musibah, baik yang kecil mahupun yang besar. Ummu Salamah mengatakan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah bersabda,
“Tidak seorang pun di antara orang-orang Muslim yang ditimpa musibah lalu dibacanya apa yang diperintahkan Allah: “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Allahumma ajurnii fi mushibatii wakhluf li khairan minhaa (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya) melainkan Allah menukarkan baginya dengan lebih baik.
Ketika Abu Salamah meninggal, Ummu Salamah sering bertanya kepada dirinya sendiri, orang Muslim manakah lagi yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dia orang yang pertama hijrah bersama Rasulullah s.a.w. Pertanyaan itu sering diulang-ulangnya. Lalu Allah menukar baginya dengan Rasulullah s.a.w. Kata Ummu Slamah, “Rasulullah mengutuskan Hathib bin Abu Balta’ah melamarku untuk beliau sendiri.”
Ketiga: Satu lagi doa yang sering dibaca oleh Rasulullah s.a.w ketika Baginda sedang susah. Dari Ibn Abbas katanya, bahawasanya Nabi s.a.w. berdoa ketika Baginda susah, “Laa ilaaha illallahul azhimul halim, laa ilaaha illallahu rabbul ‘arsyil azhim, laa ilaaha illallahu rabbussamaawaati wa rabbbul ardhi, wa rabbul ‘arsyil karim
(Tidak ada Tuhan selain Allah yang Maha Agung lahi Maha Penyantun. Tidak ada Tuhan selain Tuhan Arasy yang agung. Tidak ada Tuhan selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang Mulia). Utv
Cara Pengubat Hati Sebagaimana Diajarkan Rasulullah s.a.w.
Baca Artikel Menarik :
- 7 syarat Nynaa sekiranya suami mahu berjumpa
- Ustaz Kazim Dedah Alami Penyakit ‘Ain’ (Video)
- PRN Melaka: Syukur rakan jemaah PAS ikhlas sokong calon BN
- Anggota polis pukul wanita dalam lif dipindah tugas
- Najib bidas 2 tomahan Anwar dengan fakta
- Bersatu, PAS tinggalkan mesyuarat depan PM antara punca rundingan gagal
- Warga emas jadi ‘rider’ demi cari rezeki [VIDEO]
- Imej salib hilang: Adakah DAP cuba tipu Melayu?
- YouTuber Sabrina cetus fenomena di Korea Selatan
- Rita dakwa ada sekolah letak guru tolak vaksin dalam tandas
- Peniaga ‘naik hantu’, parking depan kedai tapi singgah kedai lain
Layari Laman Facebook MYKMU