Ahli astronomi temui bintang lebih panas daripada matahari

Ahli astronomi temui bintang lebih panas daripada matahari

Sepasukan ahli astronomi India dilaporkan telah menemui beberapa bintang yang dikatakan lebih panas daripada matahari, lapor laman berita Wion News semalam.

Lapan bintang itu tergolong dalam kelas yang jarang ditemui dikenali sebagai Pemancar Nadi Radio Urutan Utama (MRPs).

Pasukan ahli astronomi berpangkalan di Pune itu menemui bintang-bintang tersebut dengan menggunakan Teleskop Radio Gergasi Metwave (GMRT).

Kumpulan saintis diketuai oleh ahli astronomi Pusat Astrofizik Radio Nasional (NCRA) itu menemui kelas bintang yang jarang ditemui, lebih panas daripada matahari, mempunyai medan magnet luar biasa kuat dan angin bintang (stellar) yang lebih kuat.

Dalam satu kenyataan akhbar, NCRA berkata, pasukan tersebut turut menemui tiga lagi bintang seperti itu sebelum ini dengan menggunakan GMRT.

Daripada kesemua 15 bintang jenis MRP yang ditemui setakat ini, 11 daripadanya dijumpai dengan menggunakan GMRT, manakala lapan daripadanya ditemui pada 2021.

‘’Penemuan ini adalah hasil tinjauan berterusan menggunakan GMRT yang dilancarkan khusus untuk tujuan menyelesaikan misteri bintang MRP,’’ katanya.

Kejayaan program GMRT telah merevolusikan tanggapan tentang kelas bintang ini dan membuka cabang baharu dalam mengkaji magnetosfera eksotiknya, kata NCRA. K Online

Ahli astronomi temui bintang lebih panas daripada matahari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker