Solskjaer akui ada yang tidak kena di Manchester United selepas diaib Watford
Ole Gunnar Solskjaer mengakui ada yang tidak kena di Manchester United selepas diaibkan dengan kekalahan besar di tangan Watford dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) lewat malam tadi.
The Red Devils tewas 1-4 kepada Watford di Vicarage Road — kemenangan pertama lawan itu di gelanggang sendiri sejak permulaan musim ini.
Josh King dan Ismaila Sarr meletakkan The Hornets di depan selepas David de Gea menyelamatkan sepakan penalti dan walaupun Donny van de Beek merapatkan jurang itu, layangan kad merah buat kapten United, Harry Maguire, menyukarkan tugas mereka untuk mengubah keadaan.
Joao Pedro dan Emmanuel Dennis kemudian menjaringkan gol dalam waktu kecederaan untuk melengkapkan kekalahan kelima United daripada tujuh perlawanan liga terakhir untuk kini dibezakan enam mata dengan kelompok empat teratas.
United hanya dapat mengumpulkan empat mata daripada tujuh perlawanan terakhir, di mana ia merupakan rekod terburuk mereka sejak Disember 2001 dan ia juga kekalahan terbesar mereka kepada pasukan yang baru dinaikkan liga sepanjang era EPL.
Solskjaer, yang sebelum ini turut diabkan dengan kekalahan 0-5 kepada Liverpool sebelum tewas 0-2 kepada Manchester City di laman sendiri, menjelaskan bahawa perasaannya kini amat sugul dengan kekalahan terbaru itu.
Solskjaer juga berkata dia memahami kekecewaan penyokong, yang menyasarkan dirinya untuk melepaskan kemarahan.
“Ia sememangnya cabaran yang amat-amat besar buat semua orang di kelab ini,” katanya kepada Sky Sports.
“Keputusannya tidak cukup baik buat kami, kami menyedarinya. Sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena.
“Saya dapat rasa apa yang penyokong rasa. Saya berperasaan sama seperti mereka.
“Kami dimalukan, hilang cara yang kami lakukan seperti sebelum ini. Kami berada dalam prestasi yang amat buruk, situasi yang buruk tetapi ia sebahagian daripada bola sepak dan saya tahu mereka akan sentiasa menyokong pasukan ini dan siapa sahaja yang bermain di atas padang.
“Maaf dengan persembahan ini,” katanya.
Ditanya sama ada keputusan itu akan menjejaskan masa depannya, Solskjaer menambah: “Saya berkerja untuk dan bersama kelab ini. Sudah pasti, kami mempunyai komunikasi yang baik, dan jika kelab ini memikirkan untuk melakukan sesuatu, akan ada komunikasi sesama kami.
“Ia bukan sesuatu untuk saya gusarkan. Saya bekerja keras semampu saya bersama staf yang saya ada, staf yang amat luar biasa, orang hebat, pemain profesional yang baik.
“Tetapi buat masa ini, kami tidak mendapat keputusan yang baik, jadi saya faham persoalan anda.
“Saya tidak dapat membincangkannya di sini ketika ini,” katanya lagi.
Baca Artikel Menarik:
- PAS harus kembali kepada UMNO – Ahli akademik
- PRN Melaka: 4 pengerusi negeri dari PPBM, PAS, DAP dan Gerakan tewas
- Netizen ‘hentam’ Anwar kerana kalah teruk di Melaka
- Walaupun tewas saya tak akan kembali kepada UMNO – Muhyiddin
- Selepas tewas, Nik Abduh ucap tahniah kepada BN, minta PAS muhasabah
- PRN Melaka: Rauf tewaskan ‘Katak Politik’
- Sudah salah jalan buat ‘keras’ pula
- Menyamar jadi doktor sakit puan minta gambar alat sulit pesakit
- Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia [VIDEO]
- Pilihan pelaburan untuk nikmati pendapatan RM7,000 sebulan
- Roti canai terbang landing atas kepala pelanggan (video)
- PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu
- ‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Melaka: Akhirnya katak-katak politik terkena ‘sumpahan’ bumi Melaka
You must be logged in to post a comment.