Pembuat surat palsu Umno ‘goblok’
Pembuat surat palsu Umno ‘goblok’
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan hari ini menganggap pihak yang menularkan imej surat palsu kononnya dikeluarkan pihaknya sebagai goblok (bodoh).
Memberikan reaksi melalui media sosial ahli parlimen Pontian itu turut menjelaskan mengapa ‘surat’ tersebut bukan tulen.
“Mana ada surat kepada yang dialamatkan, dan salinan kepada (SK) ditujukan sama orangnya. Tentulah surat ini palsu.
“Goblok betul yang buat surat fake (palsu) ini,” katanya di Twitter.
Terdahulu tular imej yang menunjukkan imej surat didakwa dikeluarkan Ahmad kepada ketua-ketua bahagian Umno serta setiausaha mereka di Melaka mengenai calon ketua menteri.
Menurut ‘surat’ tersebut berlaku kekeliruan mengenai calon ketua menteri dari Umno-BN iaitu melibatkan penyandang, Sulaiman Md Ali, dengan pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh.
Pada bahagian bawah ‘surat’ tersebut terdapat tandatangan Ahmad, diikuti dengan senarai SK kepada ketua-ketua bahagian serta setiausaha Umno Melaka.
Ia muncul ketika hari mengundi semakin menghampiri dan orang ramai di Melaka akan membuat pilihan masing-masing bagi menentukan kerajaan baru di negeri tersebut. Mk
Mana ada surat kepada yg dialamatkan & dan salinan SK sama orangnya. Tentulah surat ini palsu. Goblok betul yg buat surat fake ini. #PRNMelaka#KestabilanDemiKemakmuran pic.twitter.com/29CGwM87p3
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) November 18, 2021
Pembuat surat palsu Umno ‘goblok’
Baca Artikel Menarik :
- Gambar intim Baby Shima tular
- Fenomena ‘Mana Mana Rancak, Berdosa!’ Jadi Trend (video)
- Benjolan di hadapan baju, Riena Diana tampil menjawab
- Punca ibu tunggal pilih Caprice
- Peguam mengamuk campak duit depan balai polis
- Tempat Makan BEST di Melaka Yang WAJIB Anda CUBA [Siri 1]
- Ginie Lim sekolahkan Azmin
- Muhyiddin tiada faktor ‘wow’
- Pesara bingung simpanan tetap dalam bank lesap
- Muhyiddin hanya ulang cerita basi – Tok Mat
- PRN Melaka: BN yakin menang 18 kerusi – Tok Mat
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.