Kalau kos umrah pun sudah naik RM2,000, haji pula?

Kalau kos umrah pun sudah naik RM2,000, haji pula?

Kerajaan tidak menolak kemungkinan kos haji bagi musim 1443H/2022M akan naik susulan peningkatan kos yang turut dialami untuk pelaksanaan ibadah umrah ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad bagaimanapun berkata, keputusan muktamad mengenai perkara tersebut akan ditentukan oleh Kabinet.

“Kita masih menunggu laporan akhir Tabung Haji, tetapi kalau kos umrah pun sudah bertambah lebih RM2,000, mungkin akan beri kesan kepada kos haji pula,” katanya selepas menyaksikan penyerahan derma oleh Kedutaan China di Malaysia kepada Jawi Food Bank yang dikendalikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berjumlah RM100,000 diserahkan oleh Duta Besarnya, Ouyang Yujing kepada Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail.

Akhir Mac lalu, Tabung Haji pada sidang akhbar khas mengumumkan peningkatan sembilan peratus untuk kos haji bagi musim 1442H/2021M kepada sekurang-kurangnya RM25,000 dan ketika ini bayaran yang perlu ditanggung bakal jemaah haji untuk pakej muassasah adalah RM9,980 sejak 2009, manakala baki selebihnya ditanggung subsidi oleh Tabung Haji.

Idris berkata, beliau akan diberi taklimat oleh pihak Tabung Haji dalam masa terdekat sebelum isu mengenai kos berkenaan dibentang dalam mesyuarat Kabinet.

“Difahamkan sekumpulan pegawai Tabung Haji baru sahaja balik dari Mekah dan saya akan dengar taklimat mereka untuk dibawa kepada jemaah menteri sebelum diputuskan,” jelasnya.

Bagaimanapun dalam nada serius, beliau memberi bayangan mengenai kos umrah yang juga bertambah sejak kerajaan mula membenarkan pergerakan rentas negara pada bulan lalu.

Kerajaan Arab Saudi ketika ini belum memuktamadkan kuota rasmi jemaah haji Malaysia tetapi jika dibuka kembali, kumpulan pertama dijangka berlepas ke sana pada 31 Mei 2022.

Sementara penerbangan terakhir dari tanah air pula kemungkinan ialah pada 30 Jun 2022 iaitu seminggu sebelum jangkaan tarikh jatuh ibadah wukuf di Arafah pada 8 Julai 2022. Utusan

Kalau kos umrah pun sudah naik RM2,000, haji pula?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker