PN pilih Mas Ermieyati sebagai calon ketua menteri, kem Rafiq kecewa?



PN pilih Mas Ermieyati sebagai calon ketua menteri, kem Rafiq kecewa?

Seperti dijangka Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin, menjadi pertaruhan terbaik Perikatan Nasional untuk ditawarkan sebagai ketua menteri kepada pengundi Melaka pada 20 Nov ini.

Pengumuman calon ketua menteri itu diumumkan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, di ibu pejabat gabungan tersebut di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam PRN ini PN meletakkan Mas Ermieyati bertanding di kerusi Tanjung Bidara yang terletak di bawah kerusi parlimen Masjid Tanah.

Jika PN berjaya menguasai majoriti kerusi dalam DUN Melaka dan Mas Ermieyati memenangi kerusi yang ditandinginya, dia akan menjadi wanita pertama dilantik sebagai ketua menteri.




Sebelum ini Umno-BN terlebih dahulu mengumumkan calon ketua menteri mereka iaitu Sulaiman Md Ali, diikuti Pakatan Harapan (PH) yang menamakan Adly Zahari.

Kedua-dua mereka pernah berkhidmat sebagai ketua menteri sebelum ini.

Dengan pemilihan ini pastinya akan mengecewakan kem Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (calon N23 Telok Mas).

Perang dalaman PN semakin hangat apatah lagi dua individu ini disebut-sebut sebagai calon Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Nama Datuk Mas Ermieyati Samsudin (calon N02 Tanjong Bidara) dan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (calon N23 Telok Mas) yang disebut-sebut sebagai calon ketua menteri ini dikatakan tidak sehaluan.




Calon N02 Tanjong Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan calon N23 Telok Mas, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dikatakan tidak sehaluan dalam kebersamaan PN memastikan kemenangan PRN Melaka ini.

PN pilih Mas Ermieyati sebagai calon ketua menteri, kem Rafiq kecewa?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?

Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin



Leave a Reply

Your email address will not be published.