100 Top Young CEO: AC Mizal, Syamsul Yusof antara penerima anugerah ‘Most Outstanding CEO’

Sebaran :

100 Top Young CEO: AC Mizal, Syamsul Yusof antara penerima anugerah ‘Most Outstanding CEO’

Seramai 56 individu dari pelbagai latar belakang dan industri menerima pengiktirafan dalam majlis anugerah “100 Top Young CEO”.
Majlis anjuran Ikon Malaysia itu berlangsung pada Rabu malam di sebuah hotel di ibu kota.

Antara penerima anugerah bagi kategori “The Most Outstanding CEO” ialah pengarah filem Skop Productions, Syamsul Yusof; pemilik syarikat SukeTV, Datuk AC Mizal; pemilik MW Entertainment Sdn Bhd, Asmawi Ani; dan pemilik Herbatera Sdn Bhd, Iesya Toh.

AC Mizal ketika ditemui menzahirkan rasa syukur dengan pencapaian yang diperoleh dengan harapan dapat membantu lebih ramai individu dan pelapis di dalam industri hiburan.



“Saya rasa bersyukur kerana ia merupakan titik permulaan bagi satu projek besar iaitu saya sebagai founder dan chairman stesen TV saya sendiri iaitu SukeTV yang menerima pengiktirafan hari ini.

“Syukur alhamdulillah, satu pemberi semangat kepada saya dan isteri serta semua staf saya, insya-Allah,” kata AC Mizal.

Turut menerima anugerah sama ialah Ketua Pengarang Astro AWANI Ashwad Ismail.

Selain itu, enam lagi kategori turut diketengahkan iaitu Top Influential CEO, The Most Promising CEO, Top Leadership CEO, Top Breakthrough CEO, Top Elite CEO dan Rising Star CEO.



Bagi dua penerima anugerah, mereka berharap kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada anak muda yang ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

“Nasihat Tyra, just believe in yourself, jangan hiraukan orang kata, tak boleh ke sebab terlalu muda ke apa. There is no such thing. Just have to go for it.

“Percaya pada takdir tuhan itu memang adalah, tapi you have to keep believing in yourself dan doa dekat Allah semoga satu hari anda akan berjaya dan paling penting jangan lupa famili,” kata usahawan komestik Beautyra, Tyra Kamaruzzaman.

“Untuk anak muda di luar sana yang minat berniaga, mulakan. Jangan tangguh-tangguh dan yang penting kena konsisten.
“Kena fokus dan konsistenlah sebab tak ada benda yang boleh berjaya dalam sekelip mata. Saya pun bermula dengan zero dan bermula daripada muda, tapi saya konsisten dalam benda yang sama.



“Itulah apa yang saya capai hari ini,” kata usahawan kosmetik Shalicious, Wan Nur Siti Aisyah Wan Hasan.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar dalam ucapannya berkata, pengiktirafan anugerah itu merupakan satu pemangkin semangat kepada pemain industri tanah air yang membantu bukan sahaja ekonomi negara, malah membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat sekali gus mendorong anak muda untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

“Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi amat berbesar hati untuk mengiktiraf para penerima anugerah yang telah bertungkus lumus memacu ekonomi Malaysia terutamanya sepanjang pandemik COVID-19 yang menimpa dunia.

“Saya percaya tuan-tuan dan puan-puan telah menempuh cabaran dalam fasa endemik bukanlah satu perkara yang mudah kerana kita tahu ramai usahawan-usahawan telah pun menghadapi pelbagai halangan sewaktu pandemik COVID-19 ini,” kata Noh. Awani

100 Top Young CEO: AC Mizal, Syamsul Yusof antara penerima anugerah ‘Most Outstanding CEO’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?

Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin


Sebaran :

Leave a Reply