Ibu saudara kanak-kanak maut jatuh tingkat 16 kondominium ditahan

Ibu saudara kanak-kanak maut jatuh tingkat 16 kondominium ditahan

Polis menahan ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16, di sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak Zainal Mohamed Mohamed, wanita berumur 36 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.



“Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini bagi tujuan permohonan reman,” katanya, menurut laporan Bernama.

Zainal berkata suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohd Nizar Adnan di talian 03-61262222/013-9961892.



Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi semalam, ibu mangsa yang juga seorang ibu tunggal dikatakan tiada di rumah kerana keluar atas satu urusan.

Mangsa ditinggalkan bersama adik lelaki yang berusia empat tahun bersama ibu saudara berusia 36 tahun. FMT

Ibu saudara kanak-kanak maut jatuh tingkat 16 kondominium ditahan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker