SPRM sita harta RM9 juta, tahan 43 penjawat awam Kedah

SPRM sita harta RM9 juta, tahan 43 penjawat awam Kedah

Seramai 43 daripada 73 individu yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah tahun ini membabitkan kes berkaitan rasuah adalah penjawat awam.

Pengarahnya, Shaharom Nizam Abd Manap berkata, penjawat awam yang disiasat kebanyakannya adalah individu yang bertugas di sektor perolehan dan penguatkuasaan.

Beliau berkata, tangkapan membabitkan penjawat awam di Kedah meningkat tahun ini berbanding tahun lalu, membabitkan 30 orang dengan sitaan dan pembekuan harta bernilai RM9 juta.

“Kes penyitaan dan pembekuan harta adalah membabitkan wang tunai, barang berharga dan kenderaan juga meningkat berbanding tahun lalu, iaitu hanya sebanyak RM2 juta, selain tiga pekerja swasta dan 27 orang awam turut ditahan sejak awal tahun ini.

“Kita menerima 175 maklumat mengenai kesalahan rasuah dan tuntutan palsu dan jumlah itu berkurangan berbanding tahun lalu sebanyak 349 maklumat berkemungkinan disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP),” katanya menurut laporan Berita Harian.

Shaharom berkata, bagi tempoh sama juga sejumlah 44 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan dibuka dengan 32 pertuduhan di mahkamah sudah dibuat.

“Antara pertuduhan yang banyak dikenakan adalah membabitkan Seksyen 17 (b) dan Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

“Berdasarkan siasatan yang masih dilakukan, kita jangka ada tangkapan baharu membabitkan orang awam dan penjawat awam selepas ini,” katanya. FMT

SPRM sita harta RM9 juta, tahan 43 penjawat awam Kedah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker