You sit down, jawab Hamzah bila ditanya sudahkah Hamid Bador disoal polis
You sit down, jawab Hamzah bila ditanya sudahkah Hamid Bador disoal polis
Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin, ‘diasak’ dengan soalan sama ada bekas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador telah dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaannya berkenaan kes ‘kartel polis’.
Hamzah berkata pihak polis telah melakukan siasatan dan semua yang terbabit telah dipanggil untuk beri keterangan.
Bagaimanapun, Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang bertanyakan soalan tersebut seakan tidak berpuas hati dengan jawapan Hamzah sehingga tercetus ketegangan dan jawapan balas yang agak keras daripada menteri.
“Cuma cakap ya atau tidak adakah kenyataan bekas KPN (Abdul Hamid Bador) telah diambil?” soal Ramkarpal.
“Not for you to ask me, you sit down, accept my answer (bukan untuk anda tanya saya, anda duduk dan terima jawapan saya). Saya sudah kata semua yang terbabit telah diambil kenyataan. Ini bukan mahkamah di mana anda boleh bertanya kepada saya soalan seperti itu,” balas Hamzah.
Sejurus itu, Ahli Parlimen menyatakan bahawa jawapan yang diberikan Hamzah seperti tidak menjawab persoalan yang diajukan.
“Your answer is no answer (jawapan anda bukan jawapan),” katanya.
Hamzah turut memaklumkan berdasarkan siasatan dalaman polis, didapati tidak wujud ‘kartel’ seperti didakwa sebelum ini.
Katanya, bagi memastikan ketelusan, pihaknya telah membawa perkara itu kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) untuk meneruskan siasatan.
“Berkenaan dakwaan wujud kartel dalam polis, siasatan dalaman telah dilakukan oleh polis dan didapati tiada kartel sebagaimana yang telah dinyatakan.
“Bagaimanapun bagi memastikan ketelusan, perkara ini dibawa kepada SIAP untuk meneruskan siasatan lanjut,” katanya ketika sesi penggulungan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Selasa.
Tambahnya, segala isu yang dibangkitkan mana-mana pihak akan diberikan penyiasatan sewajarnya berdasarkan laporan yang dibuat oleh pengadu, bagaimanapun isu yang dibangkitkan tanpa butiran pengadu tidak akan dilayan.
“Budaya fitnah untuk membentuk persepsi buruk tanpa bertanggungjawab atas isu yang ditimbulkan merupakan satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab,” ujarnya. FMT
You sit down, jawab Hamzah bila ditanya sudahkah Hamid Bador disoal polis
Baca Artikel Menarik:
- Netizen Indonesia ‘koyak’ selepas Adidas akui wayang kulit dari Malaysia
- OPPO A95 mula ditawarkan di pasaran
- PAS kata PN tidak terkesan Ahli PAS Melaka sokong BN
- i-Serve Online Mall diserbu, wang tunai RM118.7 juta dirampas
- Melampau jika SJKC mahu diinstitusikan?
- Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini
- Caprice bernikah dengan ibu tunggal dari Kelantan
- Sanusi terima hadiah dari TMJ
- Keluarkan motosikal kapcai daripada pasaran secara berperingkat
- Mufti Pulau Pinang tegur Menteri Besar Kedah
- Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan [Bahagian 2]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET