Ebit Lew bawa keluarga bercuti di Switzerland

Ebit Lew bawa keluarga bercuti di Switzerland

Pendakwah terkenal, Ebit Liew membawa isteri dan anak-anak bercuti di Switzerland berdasarkan perkongsian beliau dalam akaun Facebook (FV) rasminya, hari ini.

Mengikut entri dimuat naik, Ebit selamat tiba di lokasi percutian selepas mendapat kebenaran kerajaan untuk merentas negara dan memenuhi semua syarat ditetapkan pihak berkuasa dalam mengawal penularan COVID-19.



“Alhamdulillah, sudah sampai Swiss. Bidadariku, baikkan Allah. Dia yang beri segala-galanya. Bahagia dari Allah. Dialah yang beri bahagia dahulu, kini dan selamanya.

“Tugas kita mengenali-Nya. Bersyukur kepada-Nya. Ya Allah betapa diriku menyayanginya. Sayanglah padanya… Sayanglah pada kami.


Ebit berkongsi detik menyeronokkan bercuti di salah sebuah lokasi peranginan di Switzerland bersama isteri dan empat anak mereka melalui entri di Facebook.

“Hanya kasih sayang-Mu yang kami harapkan. Dapat reda Allah dapatlah segala-galanya. Berilah reda-Mu kepada kami semua,” luahnya dalam entri yang diiringi beberapa foto dirakam di negara berkenaan.



Terdahulu, lebih 15 jam lalu, Ebit menyatakan beliau dan keluarga ‘terbang’ menikmati percutian di Switzerland.

Menerusi entri FB, Ebit menyatakan peluang bersama keluarga menjadi detik terindah dalam hidupnya.

“Doakan ya. Bawa bidadari dan anak-anak ke Swiss (Switzerland). Tiadalah masa paling indah di dunia ini melebihi saat bersama keluarga.

“Peneman di dunia dan di sana, Insya-Allah. Semoga setiap langkah ini mendapat reda dan kasih sayang-Nya,” luahnya.





Rata rata pengikut Ebit mendoakan kesejahteraan pendakwah itu ketika berada di negara orang dan menikmati percutian dengan tenang. BH

Ebit Lew bawa keluarga bercuti di Switzerland


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker