Resepi Apam Milo Viral

Resepi Apam Milo Viral

Makanan untuk minum petang merupakan antara juadah yang mudah dan ‘simple’ untuk disediakan.

Biasalah selepas makan tengahari, bila nak bersantai dengan keluarga ketika waktu petang tu mestilah kena ada kudap-kudap kan?

Jadi, jika anda dah bosan asyik makan pisang goreng atau cekodok saja, anda boleh cuba buat apam milo ini untuk dihidangkan kepada keluarga.

Fatihatul Hakimah berkongsi cara beliau membuat apam milo hanya dengan 4 bahan. Beliau hanya kukus selama 20 minit dan terus menjadi dengan sekali percubaan.

Jadi tak salah sekiranya anda pun mencuba resepi apam milo viral yang disediakan oleh beliau kan?

Jom kita cuba resepi apam milo dari Fatihatul Hakimah

Nak buat kek pelangi tapi tak cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang yakmat nie yang penting suami dan adik-adik kata sedap.

Kali pertama buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share hihihi

Bahan-bahannya bukan membahan ok :

1) Telur 6 biji
2) Tepung gandum 2 cawan
3) Gula pasir 2 cawan (kurangkan kalau x suka manis)
4) Milo setengah cawan

Cara-cara buat:

1. Pukul telur dan gula sampai berbuih / putih / kembang. Jangan derhaka nanti apam tak naik( tiha guna blender jer)

2. Masukkan tepung gandum, blender lagi sampai sebati ( rasa blender dah menjerit tu mohon stop kacau je guna senduk)

3. Adunan tadi bahagi kepada dua bekas, satu bekas biar kosong atau boleh buh pewarna lain, dan 1 bekas lagi buh milo dan kacau-kacau sampai sebati.

4. Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik, loret la guna lidi ke garfu ke untuk nampak berbunga2 (ikut suka tak ada paksaan)

5. Kukus hingga 20 minit ( air kukusan mesti dah mendidih dulu)

6. Siapppp

Resepi Apam Milo Viral


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker