PRN Melaka: PH akui sukar menang



MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengakui kesukaran mendapatkan maklum balas secara terus daripada pengundi-pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi cabaran terbesar gabungan parti itu meskipun sudah masuk pusingan kedua tempoh berkempen.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, pendekatan kerajaan memberikan ruang memaparkan semua profil calon menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga tidak dapat dijadikan sandaran untuk menilai respons rakyat.

“Kita boleh edarkan risalah. Tapi kita tidak dapat maklum balas terus daripada rakyat. Sebab itu kita gunakan pelbagai cara untuk kita dapatkan respons. Kalau dulu kita menilai berdasarkan himpunan, kita dapat lihat sejauh mana sokongan rakyat, tapi dalam konteks hari ini, memang respons rakyat sukar dilhat.

“Kalau sekadar maklumat tanpa masyarakat boleh menilai terus calon itu, sukar bagi kita lihat bagaimana masyarakat buat keputusan. Sebab itu bagi saya kempen bersemuka masih menjadi keperluan,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Bagaimanapun, Adly berkata, beliau optimis PH mampu bersandarkan kelebihan yang adalah selain tidak menolak pertembungan antara BN dan Perikatan Nasional (PN) juga mampu menjadi penyumbang kemenangan PH.




“Walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar PH, sokongan daripada mereka masih ada sebab kita tahu Bersatu berpecah kepada beberapa kelompok.

“Pentadbiran PH selama 22 bulan sebelum ini juga menjadi nilai tambah kepada PH kerana tidak pernah berlaku dalam pilhan raya sebelum itu.

“Di samping itu, satu lagi nilai tambah kita adalah kita pernah ada kerjasama dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang dipecat, bekas ketua menteri, bekas ADUN, dan ini mampu memberi kesan yang baik kepada PH,” katanya.

PRN Melaka: PH akui sukar menang


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: Tangguh umum calon KM Melaka PN, senjata sulit atau senjata makan tuan?



Leave a Reply

Your email address will not be published.