#PRNMelaka : Mas Ermieyati tidak mampu nafi digelar ‘pengkhianat’

Sebaran :

Oleh Wahida

 

Soalan panas tetapi tepat telah diajukan kepada Mas Ermieyati dalam satu temubual oleh Astro Awani bertajuk Tawaran ‘Tiga Rasa’. Soalan Editor Nazri Kahar, “Dato Abd Raof menganggap Dato’ Mas Emy sebagai pengkhianat, yang sudah pun diberikan susu, segala-galanya dalam karier politik sebelum ini, tetapi keluar dan beri satu tentangan semula dalam pilihanraya. Bagaimana ini dijawab?

Jika diamati jawapan Mas Emy, beliau jelas tidak mampu menjawab dengan satu jawapan tegas untuk menafikan tuduhan pengkhianat itu. Sebaliknya Emy hanya mampu menepis dengan lakonan lengok sedihnya.

Dalam keadaan agak terkejut dengan soalan yang tidak diduga itu, Mas Emy hanya mampu menepis dengan jawapan yang agak cliche sebagai seorang ahli politik.Apa saja tuduhan yang dilemparkan, dalam PRN Melaka nanti, pengundi yang menilai dan menentukannya.



Sebenarnya, bukan saja Dato Raof yang menggelar Mas Emy sebagai pengkhianat tetapi semua ahli UMNO seramai lebih 3 juta tidak boleh menerima tindakan Mas Emy meninggalkan parti setelah hasil usaha mereka yang memberi kemenangan kepadanya dikhianati begitu saja. Mas Emy ketika itu mengetuai sayap puteri telah meninggalkan adik-adiknya tanpa ada belas kasihan langsung apatah lagi perasaan bersalah kepada mereka.

Adik-adik puterinya ditinggalkan dalam keadaan kesedihan dan murung setelah BN/UMNO kalah di PRU14. Di dalam keadaan yang parah begini, Mas Emy tidak mengambil langkah sebagai seorang ketua untuk tenangkan keadaan atau meniup semangat terus berjuang tetapi memilih untuk lari dari tanggungjawab.

Mas Emy yang ada hari ini, yang dididik untuk suka berkhidmat kepada rakyat, yang menjadi seorang kental dalam perjuangan dan yang menjadikan seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan adalah hasil dari didikan UMNO.

Bagi pemimpin-pemimpin UMNO pula, Mas Emy ibarat seorang anak derhaka yang telah mengkhianati amanah dan tanggungjawab diberi.



Mas Emy telah tewas dengan slogan yang kini UMNO genggam – Di Kala Menang Kita Bersama, Di Kala Kalah Kita Setia.

Sebenarnya sememang berat bila digelar seorang pengkhianat tetapi lebih pedih apabila dikhianati.


Sebaran :

One thought on “#PRNMelaka : Mas Ermieyati tidak mampu nafi digelar ‘pengkhianat’

Leave a Reply