2 lelaki menyamar polis lakukan samun ditahan

2 lelaki menyamar polis lakukan samun ditahan

TANAH MERAH: Polis menahan dua lelaki pada Jumaat lepas dan semalam yang dipercayai terlibat dalam tujuh kes samun dengan menyamar sebagai anggota polis di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Zainuddin Md Yusuf berkata kedua-duanya yang berumur 22 dan 38 tahun ditahan pada 7.15 malam di Taman Kota Harmoni dan 5.30 petang di sebuah bengkel di Jalan Wan Ahmad, di sini.

“Polis turut menahan seorang lagi lelaki berumur 38 tahun bersama-sama lelaki berumur 22 tahun di Taman Kota Harmoni itu namun hasil soal siasat, lelaki itu tidak terlibat samun dan mengaku hanya menemani rakannya untuk menjual dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainuddin berkata penahanan dibuat susulan pihaknya menerima aduan berkaitan samun oleh seorang pengadu yang dipercayai melibatkan kedua-dua suspek di tepi Jalan Lawang, Kampung Batu Jong, Batu Gajah, di sini pada 6.15 petang, Khamis lepas.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Saga BLM mengaku mereka anggota polis dan menahan pengadu yang menunggang motosikal supaya menyerahkan kesemua barang untuk diperiksa kerana disyaki pengedar dadah.

“Pengadu yang diugut akan ditahan sekiranya tidak menyerahkan barang-barang miliknya terpaksa menyerahkan barang itu yang merangkumi beg silang, dompet duit serta dua telefon bimbit yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM1,350 dan kemudian datang ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya.

Zainuddin berkata hasil penahanan kedua-dua suspek, polis merampas beberapa barangan termasuk kereta Proton Saga itu, 4,000 biji pil kuda, lima telefon bimbit pelbagai jenama, satu beg silang, dua topeng muka serta wang tunai berjumlah RM1,752.

Beliau berkata siasatan terhadap kedua-dua lelaki itu, mereka mengaku terlibat dalam tujuh kes samun membabitkan empat kes terhadap warga asing di rumah kongsi, dua kes ke atas penunggang motosikal dan satu kes membabitkan kedai runcit.

Katanya hasil ujian saringan mendapati kedua-duanya positif terhadap dadah dan sedang direman hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. FMT

2 lelaki menyamar polis lakukan samun ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker