Muhyiddin hanya berani cakap tapi tak berani buat – Nur Jazlan

Muhyiddin hanya berani cakap tapi tak berani buat – Nur Jazlan

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengugut boleh menarik sokongan parti itu terhadap kerajaan negeri Johor sebagai hanya berani cakap tetapi takut hendak buat.

Tegasnya, UMNO Johor bersedia pada bila-bila masa untuk berhadapan dengan Bersatu sama ada pada Pilihan Raya Negeri (PRN) mahupun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

“Saya juga sudah kenal sangat sikap Muhyiddin, dia hanya berani cakap dan ugut sahaja tetapi takut hendak buat.

“UMNO Johor tiada masalah untuk lawan Bersatu sebab kita tahu parti dia bukan kuat sangat. Kita sedia bertembung dengan parti Muhyiddin dalam PRN atau PRU15,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Nur Jazlan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan cabaran dibuat veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad agar Bersatu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Johor adalah berniat jahat dan tidak bijak.

Beliau berkata, pihaknya boleh berbuat demikian, namun adalah tidak wajar untuk mengheret rakyat Johor menerima nasib sama seperti rakyat Melaka setelah apa yang dilakukan UMNO di Melaka.

Jelas Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai berkata, kegentaran Muhyiddin disebabkan beliau tahu Bersatu tiada kekuatan dan nasib Bersatu dalam PRN Melaka juga masih terumbang ambing.

Katanya, jika Bersatu gagal di Melaka nanti, ia menjadi petanda awal hayat parti itu bakal berakhir pada PRU15 nanti. Sinar

Muhyiddin hanya berani cakap tapi tak berani buat – Nur Jazlan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Takut Dibunuh, Hacker Ini Mohon Maaf Selepas Bocorkan Data Sensitif Keluarga Diraja Arab Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker