PRN Melaka: Dakwaan Khalid Samad hanya propaganda murahan
PETALING JAYA: Dua pemimpin Umno menepis dakwaan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada Sabtu depan mungkin menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bekerjasama pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Umno sebelum ini menyuarakan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu, parti komponen utama dalam PN, pada PRU15. Ia adalah keputusan yang dibuat Majlis Kerja Tertinggi dan akar umbi parti itu dalam Perhimpunan Agung Umno 2020 pada Mac lalu.
Keputusan BN bertanding secara solo pada PRN Melaka mengesahkan pendiriannya dalam perkara itu.
Tetapi, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menerusi sebuah forum dalam talian pada Rabu lalu meramalkan PN dan BN akan bekerjasama pada PRU15, jika PH memenangi PRN Melaka pada 20 Nov ini.
“Ini hanya imaginasinya,” kata Naib Presiden Umno, Khaled Nordin kepada FMT.
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi menyifatkan pandangan Khalid itu sekadar “propaganda” dan cetek yang bukan berdasarkan fakta.
“Kita juga boleh katakan perkara sama kerana parti komponen PN turut bekerjasama dengan PH sebelum ini.”
Nizham, yang juga Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan, berkata lebih penting untuk gabungan itu membuktikan komitmennya menjaga kebajikan rakyat Melaka.
“Itu perkara utama. Biar pengundi tentukan siapa yang mempunyai kekuatan untuk membentuk kerajaan pada hari pengundian.”
Minggu lalu, BN dan PN mengumumkan mereka akan bertanding di semua 28 kerusi pada PRN Melaka di bawah lambang masing-masing, walaupun pemimpin dua gabungan itu bekerjasama di peringkat persekutuan.
Dakwaan Khalid Samad hanya propaganda murahan
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib
- PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin
- ‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap
- Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood
- Jangan sampai kita hempas makanan – Rider
- Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat
- Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional
- Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah
- ‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’
- Amaran Allah dalam 10 Ayat Pertama Surah al-Kahfi
- Dah Masuk 5 Series, Nasha Aziz masih ‘bergetah’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin jangan lupa, janji manis Manifesto PH ditulis pemimpin Bersatu