PRNMelaka2021: “Dia Tunggu Hingga Saya Selesai Baiki Motor Saya.” – Halim

PRNMelaka2021: “Dia Tunggu Hingga Saya Selesai Baiki Motor Saya.” – Halim

PRNMelaka2021: “Dia Tunggu Hingga Saya Selesai Baiki Motor Saya.” – Halim

Bahang kempen Pilihanraya Umum Negeri Melaka Ke 15 semakin hangat. Setiap parti dan calon-calon telah mula menggerakkan jentera kempen masing-masing.

Pihak kami sempat duduk bersembang dengan beberapa orang kawan lama calon Barisan Nasional (BN) N.02 Tanjung Bidara Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Setelah mendekati dan bersembang, mereka mula membuka cerita tentang calon BN N.02 ini. Ianya agak mengejutkan kerana cerita mereka amat jauh berbeza dengan kisah yang diviralkan kononnya Datuk Rauf sombong dan sukar untuk didekati.

Menurut Puan Hasifah Bt. Mohamad walaupun telah lama tak berjumpa Datuk Rauf masih mengenalinya dan menurutnya lagi Datuk Rauf selalu membantu orang. Beliau pernah bawa orang kampung menunaikan haji. Malah jika ada kenduri pun beliau selalu bantu.

Seorang lagi kawan lama beliau bernama En. Abdul Halim Bin Hussin berkata, Datuk rauf tidak mudah lupa kepada kawan-kawannya. Walaupun sudah 2o tahun tak jumpa beliau masih ingat kepanya.

Menurut En. Halim, pernah suatu malam, motosikalnya rosak. Ketika beliau berhenti di tepi jalan, sebuah kereta Mercedes berhenti lalu menghalakan lampu ke tempat beliau sedang membaiki motosikalnya. Hairan juga katanya, kereta siapa yang berhenti.

“Datuk Rauf datang dan menegur. Malah beliau tunggu hingga saya selesai baiki motorsikal saya dan beredar. Sampai ke tahap itu sifat baik hati beliau.” Katanya.

Rata-rata kawan-kawan lama yang ditemui agak pelik bila ada gosip-gosip yang mengatakan Datuk Rauf sombong dan sukar didekati. Rauf yang mereka kenali sangat baik hati dan prihatin terhadap rakan-rakan dan penduduk kampung.

Link Youtube:

https://youtu.be/YReXXeXjSu8

PRNMelaka2021: “Dia Tunggu Hingga Saya Selesai Baiki Motor Saya.” – Halim

Oleh Ustaz Jeff


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker