Dengan Izin Allah BN bangkit, sejarah belum berakhir

Sejarah Barisan Nasional (BN) belum berakhir, malah kedudukannya akan terus kukuh di mata rakyat.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang mudah mengisytihar kononnya sejarah BN sudah berakhir, jelas menunjukkan sikap hipokrasi pemimpin itu.

Lebih sedih, katanya, kenyataan itu dilontarkan oleh seseorang yang sebelum ini menempa nama dalam dunia politik menerusi dukungan dan sokongan ahli akar umbi BN.



“Tidak mengapalah Pengerusi PN mahu menyatakan apa pun kerana pendukung dan penyokong BN yang setia lebih mengenali perjuangan yang tiada penghujung noktahnya.

“Rakyat juga sudah melihat BN tidak pernah berundur daripada menjaga kepentingan mereka walaupun pernah dirobek angkara fitnah dan tipu daya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Katanya, keputusan akar umbi UMNO pada Perhimpunan UMNO 2020 Mac lalu untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU adalah langkah tepat.

“Kata-kata Presiden BERSATU itu menyerlahkan sebuah hipokrasi yang mencerminkan nawaitu (niat) sebenar BERSATU ke atas BN dan UMNO amnya,” katanya.



Beliau berkata, penghinaan Pengerusi PN itu hanya akan menguatkan semangat seluruh jentera, ahli dan penyokong BN untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ahmad Zahid berkata, seluruh jentera, ahli dan penyokong BN berpadu dengan semangat membara untuk membuktikan kepada PN sejarah BN belum berakhir.

“Yakinlah sejarah BN tidak akan terhenti dan sentiasa terus membara selagi ada daya dan upaya, ilham dan kudrat anugerah Ilahi.

“Pelbagai tohmahan, fitnah, cercaan, kejian, hinaan dan cacian dilemparkan dari pelbagai hala kepada BN. Tidak pernah mengurangkan keyakinan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seluruh pendukung dan penyokong BN di seluruh negara,” katanya.



Dengan Izin Allah BN bangkit, sejarah belum berakhir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin jangan lupa, janji manis Manifesto PH ditulis pemimpin Bersatu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker