Najib pegang pesan bonda, jangan ‘barai’ masalah keluarga pada pihak luar

Najib pegang pesan bonda, jangan ‘barai’ masalah keluarga pada pihak luar

Datuk Seri Najib Razak mengambil pendekatan harmoni apabila beliau tidak mahu mengulas berhubung buku bertajuk ‘What’s in a Name’ yang ditulis oleh adiknya, Datuk Seri Nazir Razak.

Kata bekas perdana menteri itu, beliau berpegang kepada pesanan Allahyarhamah bondanya yang tidak membenarkan perihal keluarga dihebahkan kepada pihak luar.



“Sebenarnya perkara seperti ini kalau melibatkan hal keluarga saya berpegang kepada apa bonda saya kata…kita mesti kalau ada masalah selesaikan dalam keluarga kita…kita tak boleh barai pada luar tak elok nampaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Program Gegau Melaka bertajuk PRN Melaka: Antara Mitos & Realiti Semasa yang disiarkan di laman Facebook, UMNO Online sebentar tadi.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, sebagai anak sulong dalam keluarga beliau akan berpegang kepada nasihat yang diberikan oleh Allahyarhamah bondanya itu.

Katanya, walaupun beliau boleh mengulas mengenai perkara tersebut tetapi adalah lebih baik beliau mendengar pesanan daripada arwah ibunya.



“Jadi saya sebagai yang sulong yang tua sekali saya berpegang pada itu. Saya boleh ulas tapi saya lebih nak ikut apa yang bonda saya cakap…lagipun perkara ini ada dalam mahkamah, jadi itu pun boleh jadi masalah subjudis nanti kalau saya sentuh,” ujarnya.

Nazir sebelum ini melancarkan buku tersebut sebagai memoir dengan memperincikan keraguan beliau terhadap penubuhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta hubung kait dana itu dengan Najib.

Biografi setebal 358 muka surat itu, memperincikan pengalaman beliau dalam membangunkan CIMB Bank sebagai institusi berperanan membawa ASEAN keluar daripada krisis kewangan Asia.

Selain itu, terdapat juga bab-bab yang mana Nazir berusaha menjunjung legasi ayahnya, Tun Abdul Razak Hussein serta perkongsian tentang penubuhan 1MDB yang akhirnya menyebabkan kejatuhan abangnya serta Barisan Nasional (BN).



Terdahulu, moderator program berkenaan Datuk Dr Noor Azizan mengajukan soalan berhubung serangan yang dibuat oleh Nazir ke atas Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu selepas banyak pihak bertanyakan tentang perkara tersebut.

Beliau menyerahkan kepada Najib sama ada mahu menjawab soalan tersebut atau sebaliknya. MG

Najib pegang pesan bonda, jangan ‘barai’ masalah keluarga pada pihak luar


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker