Linda Rafar enggan komen isu niqab

Linda Rafar enggan komen isu niqab

Penyanyi Linda Rafar, telah menimbulkan tanda tanya di kalangan peminatnya apabila sejak kebelakangan ini dia mulai mengenakan niqab di Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, baru-baru ini penyanyi lagu popular Hak Milik Kekal itu memuat naik beberapa perkongsian yang memaparkan dia memakai niqab pelbagai warna.



Bagaimanapun, kakak kepada penyanyi Diana Rafar itu memaklumkan masih belum bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan berhubung perkara tersebut.

Dalam pada itu, dia sempat memohon para warganet agar mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Ramai yang mesej tanya Linda sudah berniqab ke? Nanti lah Linda buat siaran langsung dan anda semua boleh bertanya okey.

“Buat masa ini saya tidak bersedia untuk menjawab. Tetapi, tolong doa yang baik-baik untuk Linda okey,” katanya ringkas di Instagram.



Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata peminatnya memuji penampilan baharu penyanyi anggota kumpulan Elite itu selain menitipkan doa yang baik-baik buatnya. Utusan

Linda Rafar enggan komen isu niqab


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty



Kilang roti penuh najis tikus dan lipas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker