#PRNMelaka : Idris Haron tinggalkan harta peninggalan di Sungai Udang

Oleh Wahida

Sebelum diumumkan sebagai calon Asahan (PH) untuk PRN Melaka 2021, Idris Haron gemar mencabar pemimpin-pemimpin UMNO Melaka bertanding di Sungai Udang terutamanya Ketua Bahagian UMNO Sungai Udang, Dato Mohamad Ali Mohamad. Idris nampak yakin ke atas penduduk Sungai Udang pasti akan memberi sokongan kepadanya kerana telah terlalu banyak membawa pembaharuan dan pembangunan di sini.

Sebaliknya, Dato Mohamad Ali menyahut cabaran bertanding di Sungai Udang tetapi Idris pula lari ke Asahan. Kenapa?



Ada pihak media sengaja membuat liputan Sungai Udang secara meluas dengan menonjolkan pelbagai pembangunan di sana. Namun, bila sejarah Sungai Udang dibongkar, ternyata semua pembangungan pesat di Sungai Udang bukanlah ketika Idris adalah wakil rakyatnya walaupun ketika itu dia adalah Ketua Menteri Melaka.

Dato Mohamad Ali atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ali telah melakukan “walkabout” dalam program Ziarah Kasih untuk kempen pilihanraya Melaka.

Pada Khamis lalu, Dato Ali mengambil kesempatan berjumpa penduduk Jalan Benteng, salah satu kawasan kampung di Sungai Udang. Telah menjadi satu kebiasaan Dato Ali yang gemar bersiar-siar di kawasan kampung walaupun beliau hanyalah Ketua Bahagian UMNO. Dengan kesibukannya di Kuala Lumpur sebagai Timbalan Speaker Dewan Negara, Dato Ali tetap akan menjengok penduduk di Sungai Udang apabila berpeluang balik ke Sungai Udang.

Rupa-rupanya kehadiran Dato Ali sememangnya dinanti-nantikan penduduk Jalan Benteng dan sanggup menunggu beliau beramai-ramai sebaik sahaja mengetahui beliau akan singgah di kawasan itu.



Mereka mengambil kesempatan ini mengadu mengenai masalah setempat terutamanya hakisan tanah yang bermula dari benteng. Amat memeranjatkan apabila kesan yang dialami menyebabkan jalan-jalan berlubang besar dan dalam. Kesan dari hakisan benteng ini juga telah merosakkan beberapa rumah yang berdekatan dan sangat menyedihkan apabila ada yang roboh.

Penduduk setempat mengatakan Idris Haron tidak pernah sampai ke kampung Jalan Benteng walaupun beberapa kali membuat aduan. Pada mulanya, mereka yakin Idris akan menyelesaikan masalah setempat memandangkan dia adalah Ketua Menteri Melaka dan menang bertanding di DUN Sungai Udang pula. Apa yang dilakukan Idris, dia hanya mementingkan untuk mencantikkan kawasan-kawasan luar iaitu di pekan dan tidak langsung menghiraukan kawasan-kawan kampung.

Hari ini, penduduk di Sungai Udang baru menyedari Idris Haron bukan anak tempatan Sungai Udang dan hanya memperalatkan pengundi Sungai Udang untuk menjadi Ketua Menteri di pilihanraya lalu.

Dengan meletakkan anak tempatan Sungai Udang, dibesarkan dan bekerja di sini, pasti Dato Ali atau dikenali sebagai Cikgu Ali, beliau adalah calon dari Barisan Nasional yang paling tepat untuk diberi kemenangan.



Harta peninggalan yang diwariskan Idris Haron kepada penduduk Sungai Udang setelah lari ke Asahan rupa-rupanya hanyalah masalah dan kerosakan. Pembangunan yang ada di Sungai Udang pun adalah hasil dari wakil rakyat sebelumnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker