PRN Melaka: Ajar cara lolos ke Israel, calon PN wajar ditolak rakyat
Tindakan biadab calon Perikatan Nasional (PN) bagi yang seolah-olah mengajar rakyat di negara ini untuk lolos ke negara haram Israel menggunakan pasport Malaysia amat mengecewakan.
Meskipun sudah memohon maaf secara terbuka berhubung tindakannya sebelum ini, namun perkara itu sedikit sebanyak mengguris hati rakyat di negara ini yang majoritinya beragama Islam.
Berikutan itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Cikgu Izzat Johari menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak menggugurkan pencalonan Khai Ling daripada menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
“Mohon PDRM ambil tindakan segera dan beri amaran keras kepada mana-mana yang cuba menjadi pembelot negara!
“SPR wajar gugurkan pencalonan daripada calon PN ini kerana jelas menentang kepada Perlembagaan dan undang-undang kedaulatan negara!” tegasnya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Sebelum itu, tersebar semula video berdurasi satu minit yang memaparkan perkongsian daripada Khai Ling yang dikatakan secara terang-terang mengajar rakyat di negara ini melanggar undang-undang.
Bagaimanapun, calon Gerakan itu menegaskan beliau tidak berniat untuk mempersendakan pendirian umat Islam terhadap Israel.
“Saya tiada niat untuk mencabar undang-undang Malaysia yang telah menetapkan negara Israel tidak boleh dilawati oleh rakyat negara ini.
“Saya memahami tiada hubungan diplomatik antara negara Malaysia dan Israel,” katanya
PRN Melaka: Ajar cara lolos ke Israel, calon PN wajar ditolak rakyat
Baca Artikel Menarik:
- Polis Tahan Wanita Terlibat Kegiatan Pecah Rumah Dan Kenderaan
- Mesir batalkan tayangan Eternals ekoran babak homoseksual
- Bapa Leka Nak Menari Buat Anak Tidak Gemar Hingga Heret Turun Pentas [VIDEO]
- Rumah Terbakar, Mayat Ibu Dan Anak-Anak Ditemui Berpelukan Terhidu Asap Kebakaran
- Awas! Banyak Kes Mati Mengejut Tak Kira Usia…Kaum Lelaki Perlu Lebih Peka Hal Kesihatan Jantung!Dewan Undangan Negeri
- Kulim Jadi Lokasi Pertama Pasang Porsche Cayenne Luar Eropah, Harga Bermula RM550,000
- Anggota polis cedera kena lastik
- Tukang khianat baling batu dari atas jejambat tol akhirnya ditangkap!
- Dahsyat! “Ramai Tanya Kain Tak Terselak Ke? Wanita Berbaju Kurung Buat ‘Backflip’ [VIDEO]
- PRN Melaka: Rakyat Anggap PH ‘Zero’ Tidak Prihatin Rakyat
- 4 abang rogol adik ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.