Lelaki hilang 2 bulan rupanya maut kemalangan

Kereta mangsa ditemui orang ramai di Kilometer 7 Jalan Juasseh – Bahau. FOTO Ihsan Polis

Kuala Pilah: Selepas hampir dua bulan dilaporkan hilang, seorang lelaki ditemui maut dipercayai terbabit kemalangan di Kilometer 7, Jalan Juasseh- Bahau, di sini, malam tadi.

Kereta dinaiki mangsa ditemui orang awam kira-kira jam 7.20 malam di dalam semak di kawasan cerun.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani berkata, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah menerima panggilan telefon dari orang awam menyatakan terdapat kemalangan jalanraya di Jalan Terusan membabitkan kereta.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku membabitkan kereta jenis Perodua Kancil yang ditemui bersama pemandunya di bahu jalan bercerun.



“Turut dijumpai di tempat kejadian adalah kadpengenalan dan lesen memandu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan kad pengenalan, mangsa dilaporkan hilang pada 6 Jun lalu oleh ibunya di Balai Terachi.

“Mangsa dilaporkan menaiki kereta Perodua Kancil berwarna kelabu berseorangan dan gagal dihubungi sehingga dijumpai semalam,” katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, bagi tujuan bedah siasat. “Sekiranya terdapat sebarang maklumat, orang ramai boleh menyalurkan kepada Inspektor Muhammad Helmi Hussin di talian 018-9851207 atau mana-mana balai polis berhampiran.



Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland



Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker