Langgar SOP majlis keraian, PM Korea Selatan mohon maaf

Kim Boo-kyum, South Korea’s prime minister, speaks during an interview in Seoul, South Korea, on Tuesday, Aug. 17, 2021. South Korea wants to have 70% of its population vaccinated by the end of September, the premier said, speeding up one of the lowest inoculation rates among major Asian economies as cases surge to record highs. Photographer: Jean Chung/Bloomberg

SEOUL – Perdana Menteri Korea Selatan Kim Boo Kyum pada Jumaat mengemukakan permohonan maaf kerana melanggar peraturan penjarakan sosial Covid-19 ketika mengadakan majlis keraian bersama alumni kolejnya minggu lepas.

“Saya memohon maaf. Saya berjanji akan memastikan perkara itu tidak berulang lagi,” katanya dalam satu mesyuarat penyelarasan hal ehwal dalam negeri.

Menurut Agensi Berita Yonhap, Kim dikecam selepas media melaporkan seramai 11 orang termasuk Kim menghadiri majlis makan tengah hari di kediaman Perdana Menteri itu di Seoul pada Sabtu lalu.

Ia dikatakan telah melanggar peraturan perhimpunan persendirian kerajaan yang hanya membenarkan penyertaan tidak melebihi 10 orang.

Kerajaan sebelum ini menaikkan had kehadiran tetamu dalam perhimpunan persendirian kepada 10 orang bermula 1 Nov di bawah skim “hidup bersama Covid-19”.

Menurut penjelasan pejabat perdana menteri jamuan tengah hari itu sepatutnya dihadiri hanya 10 orang tetapi seorang daripada tetamu membawa isterinya.

“Saya tidak boleh menyuruh isteri kawan saya meninggalkan majlis itu, tetapi apa pun alasannya, memang benar saya telah melanggar peraturan,” kata Kim. -Bernama

Langgar SOP majlis keraian, PM Korea Selatan mohon maaf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua Pemuda PAS kata tolak calon lompat parti sentimen pengundi Melaka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker