Siakap percuma untuk golongan kurang mampu

Sebaran :

Siakap percuma untuk golongan kurang mampu

Sungai Petani: Murtadha Dakwah Centre (Madad) menyumbang ikan siakap secara percuma kepada orang ramai, pusat tahfiz, golongan asnaf dan rumah anak yatim sekitar daerah ini, hari ini.

Pengarah Urusan Madad, Mohamad Yaakub Yusra Mohd Yusoff berkata, sumbangan itu diberi bagi memberi peluang kepada semua pihak merasai keenakan ikan siakap.

Menurutnya, untuk hari ini sebanyak 100 ikan siakap diedarkan secara percuma kepada golongan terbabit dengan baki 20 ekor disumbangkan kepada orang ramai.



“Bagaimanapun, kita memastikan ikan ini diagihkan kepada mereka yang benar-benar teringin dan tidak mampu untuk membelinya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pemberian ikan siakap itu tiada kena mengena dengan isu yang tular mengenai harga kayangan ikan terbabit baru-baru ini.

“Secara kebetulan, kita sudah beberapa bulan menjalankan perusahaan ikan sangkar ini.

“Jadi, sumbangan diberikan tiada kena mengena dengan isu yang tular sejak kebelakangan ini,” katanya.



Menurutnya, Madad juga bercadang untuk membuka jualan ikan sangkar seperti siakap, jenahak dan kerapu dengan harga berpatutan setiap Jumaat.

“Jika diizinkan, kita bercadang menjual ikan sangkar ini pada harga yang mampu dibeli buat pelanggan seminggu sekali,” katanya. HM

Siakap percuma untuk golongan kurang mampu


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya


Sebaran :

Leave a Reply