Jerman catat rekod baharu, lepasi 50,000 kes baharu COVID-19

Jerman catat rekod baharu, lepasi 50,000 kes baharu COVID-19

BERLIN: Jerman menyaksikan peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 dengan 50,196 jangkitan hari ini, kata pihak berkuasa kesihatan.

Buat pertama kalinya Jerman melepasi 50,000 kes sejak bermulanya pandemik dan peningkatan jangkitan serta kematian itu berlanjutan sejak pertengahan Oktober lalu.



Canselornya, Angela Merkel menyifatkan peningkatan jangkitan itu sebagai ‘dramatik’.

“Pandemik ini kembali dalam cara baru yang menakjubkan,” kata jurucakapnya, yang turut menyeru pihak berkuasa wilayah untuk mengambil langkah selanjutnya untuk menghentikan penularan wabak berkenaan.

Tekanan turut memuncak di kebanyakan hospital dengan punca kepada peningkatan kes itu dikaitkan dengan kadar vaksinasi yang rendah iaitu sekitar 67 peratus.

Beberapa negeri yang turut terjejas teruk iaitu Saxony, Bavaria dan terbaharu, Berlin menyebabkan sekatan baharu diperkenalkan yang menyasarkan kepada individu yang belum divaksinasi.



Golongan ini adalah yang terawal dijangkiti wabak berkenaan.

Mulai Isnin lalu, Berlin melarang individu tidak divaksinasi daripada memasuki tempat awam seperti restoran, bar, dewan sukan dan salun dandanan rambut.

Untuk rekod, lebih 4.9 juta individu dijangkiti COVID-19 di Jerman sejak tercetusnya wabak itu. BH

Jerman catat rekod baharu, lepasi 50,000 kes baharu COVID-19




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PRN Melaka: Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada, Ada Cubaan Burukkan Imej Calon BN

Malaysia Bukan Negara Sihat – Khairy Jamaluddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker