Polis maut kena serangan jantung ketika buat rondaan

Polis maut kena serangan jantung ketika buat rondaan

KEMAMAN: Seorang anggota Balai Polis Chukai di sini maut selepas dipercayai mengalami serangan jantung ketika melakukan tugasan rondaan, malam tadi.

Lans Koperal Mohd. Nor Afiza Mohd., 36, disahkan meninggal dunia di Hospital Kemaman kira-kira pukul 9 malam, setelah dilaporkan rebah di sebuah stesen minyak.



Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, Allahyarham yang terlibat dalam rondaan bersama pasukan pematuhan meminta rakannya berhenti di stesen minyak.

“Dia tiba-tiba rebah selepas keluar dari kereta peronda polis (MPV) dan dikejarkan ke Hospital Kemaman.

“Allahyarham yang sudah 15 tahun berkhidmat bersama pasukan polis, meninggalkan seorang isteri dan empat anak termasuk bayi berusia setahun tiga bulan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kemaman, hari ini.

Hanyan berkata, jenazah Mohd. Nor Afiza dikebumikan di kampung halamannya, di Kampung Bukit Besi, Dungun.



Sementara itu isterinya, Norazilla Mohd. Yusuff, 32, berkata, suaminya yang menghidap sakit jantung dan darah tinggi ada mengadu sakit dada sebelum keluar bekerja syif petang, semalam.

Katanya, dia juga tidak menyangka permintaan suaminya sejak tiga hari lalu untuk makan nasi bersama ikan goreng dan budu merupakan petanda pergi buat selamanya.

“Kami sempat bersembang di telefon pada pukul 5 petang dan suaranya tidak menunjukkan sebarang perubahan. Apabila rakan sekerja memaklumkan suami pengsan, saya sangka keadaannya tidak serius kerana sudah biasa pengsan dan terkejut apabila disahkan meninggal dunia,” katanya. Utusan

Polis maut kena serangan jantung ketika buat rondaan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PRN Melaka: Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada, Ada Cubaan Burukkan Imej Calon BN

Malaysia Bukan Negara Sihat – Khairy Jamaluddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker