Silat Dunia: Adib dianiya juri yang berat sebelah

PEGAWAI bertugas cuba menenangkan penonton ekoran kekecohan yang berlaku sewaktu pertemuan Mohammad Khairi Adib Azhar dan Aniq Asri Mohammad Yazid di Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di MITC, Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA – Keputusan mengarahkan pesilat negara, Mohammad Khairi Adib Azhar menarik diri sewaktu menentang Aniq Asri Mohammad Yazid dari Singapura bagi Kelas B dalam perlawanan akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini adalah tepat.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, beliau terpaksa turun dari pentas dan meminta Mohammad Khairi Adib mengundur diri seminit sebelum tamat, setelah melihat juri yang mengadili pertarungan itu berlaku tidak adil.

Menurutnya, seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan pertarungan itu melihat catatan markah Mohammad Khairi Adib tidak bergerak, walaupun pesilat itu banyak melakukan pukulan dan tendangan yang sepatutnya diberikan mata.

“Saya bertanggungjawab menyuruh Adib mengundur diri setelah melihat catatan markah di papan elektronik tidak bergerak dan kita boleh lihat banyak serangan-serangan yang jelas tidak dikira oleh juri.

“Serangan yang dilakukan bukan ditepis atau pun serangan melindungi juri, sebaliknya ia disertakan dengan bunyi seperti tendangan tepat sehingga menyebabkan pesilat lawan berundur ke belakang.

“Saya menyuruh Adib mengundur diri daripada meneruskan perlawanan adalah berdasarkan peraturan yang menyebut pasukan yang bertanding dibenarkan untuk mengundur diri atas sebab-sebab yang kita fikir adalah munasabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas untuk mengulas kekecohan yang berlaku di Arena 1 apabila Mohammad Khairi Adib diarahkan untuk turun dari pentas, seminit sebelum perlawanan tamat ketika kedudukan mata 7-16 gara-gara kelemahan mutu pengadilan juri yang bertugas.

Insiden itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengurus, jurulatih, pesilat dan penonton yang membantah juri. Keadaan tegang hampir 10 minit malah ada botol minuman dilontarkan ke tengah gelanggang dari tempat penonton.

Mengulas lanjut, Megat Zulkarnain berkata, kontinjen silat negara telah mengemukakan bantahan dan turut memohon perlawanan semula kepada Perwakilan Teknikal Antarabangsa (ITD).

“Sama ada mereka menerima atau menolak, kita hanya menunggu dan bersedia menerima sebarang keputusan jika tidak memihak kepada Adib,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker