Penemuan ’emas’ di Pitas curi tumpuan netizen

Sebaran :

Penemuan ’emas’ di Pitas curi tumpuan netizen

Pitas yang sebelum ini pernah dilaporkan sebagai antara daerah termiskin di Sabah mencuri tumpuan pengguna media sosial susulan cerita penemuan “emas” di salah sebuah kampung di daerah berkenaan.

Kejadian yang dikongsikan netizen di Facebook serta aplikasi WhatsApp itu dikatakan berlaku di kawasan pembinaan jalan berhampiran Kampung Boluoh Bongkol.

“Emas” terbabit dikatakan ditemui di sebuah bukit berhampiran jalan yang sedang dalam pembinaan dengan beberapa gambar batu diselaputi warna keemasan turut dikongsikan secara meluas di media sosial.



Seorang lelaki yang mendakwa antara individu terawal menemui “emas” terbabit berkata, dia bersama rakan sekerjanya menemuinya ketika sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan jalan di kawasan itu.

Ketika itu katanya, mereka menyedari beberapa batu ditemui di kawasan itu kelihatan seakan-akan seperti serpihan emas.

“Sudah lebih sebulan kami bekerja di sini untuk pembinaan jalan Bongkol dan kejadian itu sebenarnya berlaku kelmarin selepas saya menemui beberapa ketul batu yang dilihat seperti serpihan emas. Saya sebenarnya pun tidak tahu sama ada benda yang ditemui itu emas atau bukan.


Kawasan yang dikatakan berlaku penemuan “emas” di Pitas.



“Saya juga terkejut kerana penemuan kami tiba-tiba menjadi ‘viral’ di media sosial, saya tidak tahu siapa yang menyebarkannya,” katanya yang enggan dikenali kepada FMT.

Sementara itu, pakar geologi Felix Tongkul ketika dihubungi berkata, berdasarkan gambar “emas” yang tular itu, beliau berpendapat batu terbabit kemungkinan adalah batu pirit dan kalkopirit.

Katanya, batu pirit terdiri daripada besi sulfida, manakala kalkopirit terdiri daripada sulfida dan tembaga yang masing-masing menyerupai emas.

“Jabatan Mineral dan Geosains perlu mengesahkan sama ada penemuan itu benar-benar emas atau bukan.



“Secara geologinya, Pitas bukanlah kawasan yang sepatutnya ditemui emas, tapi siapa tahu (ada emas)?,” katanya kepada FMT.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Marudu Zaironizal Ishak berkata, pihaknya ada mendengar berita mengenai penemuan itu tetapi setakat ini belum ada sebarang laporan diterima.

FMT sedang mendapatkan komen daripada Jabatan Mineral dan Geosains berhubung perkara itu.

Penemuan emas di Pitas curi tumpuan netizen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply