Penangguhan hukuman mati Nagaenthran dilanjutkan kerana positif Covid-19

Sebaran :

Mahkamah Rayuan Singapura telah melanjutkan penangguhan pelaksanaan hukuman mati terhadap Nagaenthran K Dharmalingam selepas warga Malaysia itu disahkan positif Covid-19.

Ketika dihubungi, peguam Nagaenthran di Malaysia N Surendran mengesahkan hukuman mati tidak akan dilaksanakan ke atas anak guamnya esok.

“Semuanya telah ditangguhkan kerana dia positif Covid-19,”

Surendran sebelum ini memaklumkan perkara itu di Twitter susulan pendengaran rayuan yang dijadualkan pada 2.30 petang hari ini.



“Penangguhan (hukuman) Nagaenthran oleh Mahkamah Tinggi semalam telah dilanjutkan oleh Mahkamah Rayuan petang ini.

“Atas sebab dia positif covid-19,” katanya.

Penangguhan hukuman mati Nagaenthran dilanjutkan kerana positif Covid-19


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PM mohon Singapura ringankan hukuman D. Nagaenthran


Sebaran :

Leave a Reply