Kerajaan sasar belanja RM377 juta lantik 4,186 doktor kontrak ke jawatan tetap

Kerajaan sasar belanja RM377 juta lantik 4,186 doktor kontrak ke jawatan tetap, kata KJ

Kerajaan bersedia membelanjakan lebih RM377 juta untuk 4,186 doktor kontrak ke jawatan tetap tahun depan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, ia membabitkan seramai 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai farmasi dan 300 pegawai pergigian.



“Daripada 10,583 pegawai yang telah tamat tempoh khidmat wajib, 4,186 pegawai telah pun dinilai dan boleh diperakukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk lantikan tetap,” katanya di Dewan Rakyat ketika sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang mahu tahu berapa implikasi tambahan kewangan Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya kerajaan bersetuju mengambil doktor kontrak ke jawatan tetap.

Sementara itu, Anwar berkata beliau mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk mengambil doktor kontrak ke jawatan tetap.

Katanya, doktor kontrak juga merupakan barisan hadapan dan isu terbabit sudah lama berlarutan.



“Sebab itu desak kerajaan supaya berikan keadilan pada mereka lantik secara tetap dan implikasi kewangan itu saya tidak fikir menjadi satu alasan munasabah,” katanya.

Anwar juga meminta Khairy memberi jaminan supaya melantik 10,500 doktor kontrak ke lantikan tetap.

Bagaimanapun, Khairy berkata pandangan beliau tidak jauh dengan Anwar mengenai lantikan doktor kontrak.

Jelas Khairy, KKM akan melihat unjuran mereka berapa doktor kontrak yang diperlukan untuk dilantik ke jawatan tetap.



Pada 2 November lalu, kumpulan doktor hartal memberi kerajaan tempoh sebulan untuk menangani isu berbangkit berhubung pelantikan ke jawatan tetap membabitkan doktor kontrak, atau berdepan mogok kali kedua sebagai membantah pengumuman Bajet 2022.

Dalam Bajet 2022, kerajaan bersetuju menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib selama dua tahun kepada maksimum empat tahun. FMT

Kerajaan sasar belanja RM377 juta lantik 4,186 doktor kontrak ke jawatan tetap


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker