Sulaiman tawar e-sukan, sukan ekstrem, tawan hati pengundi muda

Sulaiman tawar e-sukan, sukan ekstrem, tawan hati pengundi muda

MASJID TANAH – E-sukan dan sukan ekstrem, antara tawaran yang akan diberikan kepada golongan muda sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, malah banyak perancangan dan pembangunan yang dirancang sebelum ini perlu dilaksanakan demi keselesaan rakyat Melaka.

“Untuk golongan belia dan muda, saya nak perbanyakkan e-sukan, sukan ekstrem dan sudah ada pun dalam perancangan.

“Kita ingin menyediakan jaringan jalan raya dari satu tempat ke satu tempat, dari satu daerah ke satu daerah di kampung-kampung.

“Di Japerun juga kita nak adakan sebuah ambulan dan van pengurusan jenazah,” katanya kepada pemberita di Dewan Kompleks Japerun Lendu, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya BN diberikan mandat sekali lagi, banyak rancangan pembangunan mampu dilaksanakan.

“Ini sejajar dengan Pelan Strategik Melaka Maju Jaya 2035 yang telah ada pun, ia terangkum dalam DUN Lendu dan kawasan lain,” katanya.

Ditanya tentang ramai calon dalam kalangan anak muda, Sulaiman berkata, itu adalah perubahan yang dikehendaki rakyat khususnya golongan belia pada masa ini.

“Kita mesti memapar dan menawarkan tawaran baharu di mana golongan muda banyak pengalaman dan punyai latar belakang yang hebat

“Calon-calon muda ini elok kita ketengahkan kerana mereka datang dari pelbagai latar belakang, pengalaman dan pendidikan.

“Saya yakin mereka boleh beri perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di kawasan yang ditandingi,” katanya. MG

Sulaiman tawar e-sukan, sukan ekstrem, tawan hati pengundi muda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker