Mahfuz Omar Menang Saman Fitnah Terhadap Sanusi, Peroleh Ganti Rugi RM50,000 — MYKMU.NET

Mahfuz Omar Menang Saman Fitnah Terhadap Sanusi, Peroleh Ganti Rugi RM50,000

Sebaran :

Mahfuz Omar Menang Saman Fitnah Terhadap Sanusi, Peroleh Ganti Rugi RM50,000

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membayar ganti rugi RM50,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berhubung kenyataan fitnah melalui hantaran Facebook dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Arifin membuat perintah itu selepas membenarkan saman fitnah dikemukakan Mahfuz selaku plaintif terhadap Muhammad Sanusi sebagai defendan.

Peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Mahfuz berkata mahkamah memerintahkan Muhammad Sanusi membayar ganti rugi tersebut dalam tempoh 14 hari mulai hari ini.



“Mahkamah juga memerintahkan defendan (Muhammad Sanusi) menulis permohonan maaf kepada plaintif di laman Facebook milik defendan dalam tempoh 14 hari dan memerintahkan defendan membayar kos tindakan guaman kepada plaintif berjumlah RM15,000.

“Perintah-perintah lain yang dikenakan ialah satu injunksi menegah defendan atau ejen-ejennya daripada menerbitkan kata-kata fitnah terhadap plaintif pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi pemberita melalui aplikasi WhatsApp selepas keputusan kes saman itu yang berlangsung secara dalam talian, hari ini.

Prosiding itu turut disertai peguam Yusfarizal Yussoff dan Mohd Faizi Che Abu yang mewakili Muhammad Sanusi.

Perbicaraan kes itu berlangsung pada 26 Ogos lalu dengan dua saksi plaintif termasuk Mahfuz dan seorang saksi defendan iaitu Muhammad Sanusi telah memberi keterangan.

Pada 9 Okt 2019, Mahfuz memfailkan saman itu berdasarkan hantaran yang dibuat oleh Muhammad Sanusi dalam akaun Facebooknya pada 30 Julai 2019 yang mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat bagi kawasan Pokok Sena dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan itu.



Mahfuz juga mendakwa Muhammad Sanusi menerbitkan satu video berdurasi 7 minit 57 saat di akaun Facebooknya pada 27 Julai 2019 yang memaparkan sekumpulan individu membantah pembukaan Sport Toto di Pokok Sena sambil memegang sepanduk yang tertera nama plaintif.– BERNAMA


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: