Kereta hampir jahanam dikerjakan ‘bengkel neraka’

Kereta hampir jahanam dikerjakan ‘bengkel neraka’

“Sedih lagi banyak dari marah, banyak kenangan dengan kereta ini orang Johor Bahru tolong saya”.

Itulah perkongsian seorang wanita yang luluh hatinya apabila melihat kereta kesayangan dihantar bengkel hampir ‘jahanam’ selepas membuat lawatan mengejut ke kawasan tersebut.



Berdasarkan sebuah video berdurasi satu minit enam saat yang dikongsi @ain_jeman di TikTok, semasa lawatan itu, kenderaan miliknya dilihat tersadai bersama beberapa kenderaan lain.

Lebih mengejutkan, bahagian dalam kereta dipercayai Proton Wira itu kosong termasuk enjin yang sudah lesap.

Menurut wanita itu, dia bertindak pergi ke bengkel tersebut selepas mendakwa mekanik memberi banyak alasan setelah meminta gambar perkembangan keretanya itu.

“Ya Allah, menggigil tahan marah sedih tengok kereta macam ini, banyak kali telefon dan banyak alasan yang diberi, hari ini nekad terjah bengkel terus luluh hati saya,” katanya dalam video.



Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berasa berang dengan mekanik tersebut yang tidak bertanggungjawab dengan perbuatannya itu dan ada juga yang mahu menghulurkan pertolongan.

“Dulu saya pernah juga jadi macam ini, malas nak pening kepala saya pergi balai buat laporan polis, esok itu juga semua yang ada dekat bengkel kena angkut dengan polis,” kata @Nuarblack.

“Pergi KPDNHEP minta borang tribunal fail saman di mahkamah tribunal, boleh dapat ganti rugi maksimum RM 50 ribu,” jelas @Zk606zk.

“Ini baru dinamakan bengkel neraka, sebaiknya pergi buat laporan polis dulu, biarkan pihak berkuasa ambil keterangan dan tindakan, selepas itu baru cari jalan penyelesaian,” ujar @abdulrashid20.



Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 562,400 tontonan dan 26,600 tanda suka di akaun TikTok miliknya. K Online

Kereta hampir jahanam dikerjakan ‘bengkel neraka’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng



Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker